SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Thursday, 18 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 17) - Hari Hari Akhir Di Penjara.

No comments:
Begitulah serba sedikit yang di ceritakan pada aku berhubung aktiviti penyeludupan yang berlaku di dalam penjara, bukan sahaja di pintu sempadan negara, di pintu sebalik tembok yang sepatutnya dijadikan tempat tauladan juga berlaku penyeludupan bahan terlarang.  Maklumat berhubung dengan penyeludupan melalui cara memasukkan sesuatu didalam dubur sebenarnya biasa dilakukan oleh kaldai dadah yang di upah untuk membawa masuk dadah ke negara ini dari timur tengah, mungkin kita biasa membacanya di dada akhbar tempatan.

Pada waktu ini setahun yang lalu aku telah pun di bebaskan, seminggu sebelum di bebaskan aku telah dimaklumkan bahawa aku sudah boleh memohon untuk mengambil pakaian aku (yang di pakai ketika aku di jatuhkan hukuman) untuk di cuci, tetapi aku buat tak kisah dan membiarkan perkara itu buat sementara.

Minggu minggu terakhir ini, aku banyak menghabiskan masa berbual dengan semua banduan yang sering menjengah aku di blog, adakalanya aku menyanyi didalam hati sahaja bukan kerana aku gembira akan di bebaskan tetapi sengaja aku menghiburkan hati aku yang sunyi,...

Sunday, 14 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 16) - Harapkan Pegar, Pegar Memakan Padi.

No comments:

Tidak aku ketahui mengapa ramai banduan penjara tidak begitu mesra dengan kerajaan, sedangkan kebajikan mereka ketika di penjara begitu di titik beratkan sehingga masalah kesihatan mereka juga terjaga dan terjamin kecuali jika mereka yang merosakan diri mereka sendiri, jika itu berlaku, takkan kerajaan yang hendak disalahkan.

Walaupun tidak seberapa 'layanan' yang diberikan, tetapi pada aku bersyukurlah, dan sedarlah diri bahawa kita ini banduan dan layanan apa yang diperlukan, tak kan nak berikan layanan kelas pertama. Begitu juga jika banduan berada di dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu memuaskan, pihak kerajaan ia ini pihak penjara ada menyediakan hospital dalaman untuk rawatan segera dan jika terlalu serius maka banduan akan dibawa ke hospital berhampiran, jika di penjara Kajang ini maka hospital Kajang menjadi tumpuan.

Wednesday, 10 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 15) - Satukan Melayu Kerja Bodoh.

No comments:
Aku menerima hakikat bahawa aktiviti yang aku terlibat ini adalah terlalu banyak risikonya, cuma sama ada seseorang itu bernasib baik atau sebaliknya tidaklah mereka ketahui secara nyata, kesemuanya telah di tentukan. Tetapi bila berpegang pada kata kata ' Jika takutkan ombak usah duduk di tepi pantai' atau ' Jika takutkan dugaan usah bercakap soal perjuangan, kerana perjuangan pasti datang dengan dugaannya' Wallah Hu'alam, Mungkin itu sebuah kata kata semangat sahaja dan tidak semestinya benar.

Suka atau tidak aku kini sudah pun berada di dalam perut penjara Kajang, kerana menyatakan sesuatu yang aku rasa tidak kena bukan sahaja pada fikiran aku malah setiap manusia berakal akan sependapat dengan aku, malah jika di kampong bercakap soal seperti apa yang aku tulis adalah biasa dan tidak dikenakan tindakkan tetapi oleh kerana aku terlibat dengan dendam politik akhirnya perkara 'sembang kedai kopi' menjadi satu kesalahan besar buat seorang penulis politik seperti aku.

Sunday, 7 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 14) - Gajah Berkelahi Kancil Yang Mati.

No comments:
Begitulah kehidupan di penjara, setiap banduan baru akan menjadi perhatian apa tah lagi jika mereka yang di tahan itu ada lah tahanan yang berstatus 'selebriti' maksudnya disini bukan tahanan dalam kategori penjenayah sebenar, apa tah lagi jika banduan tersebut di kategorikan sebagai tahanan bangsawan atau tahanan politik.
    
Selain 'Iskandar', ada juga banduan muda yang mengunjungi aku di blok, seorang lagi banduan ialah 'Ah Kong'. Banduan yang baru di pindahkan dari penjara Bentung, Pahang. Kehadiran 'Ah Kong' tidak lah seperti kehadiran banduan bangsawan atau banduan selebriti. Kehadiran 'Ah Kong' di penjara Kajang sama seperti banduan lain.

Kesalahan yang di lakukannya adalah membunuh tanpa niat kekasih nya. 'Ah Kong' di kira banduan baru di penjara Kajang kerana dia baru sahaja di pindahkan dari Penjara Bentung, Pahang dan pemindahannya ada lah atas kehendaknya sendiri dan sebab musabab mengapa 'Ah Kong' memilih penjara Kajang tidaklah boleh aku tuliskan disini kerana melibatkan integriti Jabatan Penjara dan seperti aku tulis terdahulu, aku boleh mendengar cakap mereka tetapi belum tentu aku terima bulat bulat.  Seperti kenyataan seorang banduan 'warga asing' yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia meminjam duitnya sebanyak 500 Juta US Dollar.

Thursday, 4 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 13) - Tanpa Niat

No comments:
Kini sudah hampir dua minggu aku berada didalam penjara dan selama itu aku telah berkenalan dengan pelbagai rupa bentuk manusia yang di luar sana telah melakukan kesilapan dan kesalahan yang mana mereka kini sedang menerima habuan akibat kesalahan yang mereka lakukan, Aku berdepan dengan penjenayah yang terlibat dengan kes samun, membunuh, merogol dan yang paling ramai adalah penagih dadah yang 'mencuri' bukan kerana untuk makan pakai tetapi untuk membeli dadah.

Jika di Makkah aku berdepan dan berkawan dengan mereka yang 'baik baik', yang sentiasa memuji Allah, yang sentiasa memohon taubat kepada Allah terhadap kesalahan mereka yang lalu diwajah mereka kelihatan kejernih dan kegembiraan.

Di penjara wajah wajah mereka tidak mengambarkan mereka sedang bergembira walaupun mereka terseyum, hidup didalam dunia terkurung manakan datangnya gembira, kecuali mereka yang tiada apa lagi di dunia luar sana, tiada keluarga, tiada kehidupan yang ada hanya rakan rakan yang senasib dengan mereka sahaja, kebanyakkannya adalah penagih dadah. Di penjara selain mendapat tempat tidur , makan dan minum mereka juga di bekalkan dengan ubat anti..