SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Wednesday, 26 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 7)- Mengukur Biar Sama Jaraknya


Hari ini giliran aku untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, memang setiap banduan akan menjalani pemeriksaan tahap kesihatan mereka di rumah sakit penjara, aku di bawa masuk kebilik Dr, seorang Dr muda yang bertugas, Aku di minta mengenalkan diri dan sejarah kesihatan,aku memaklumkan apa yang di minta oleh Dr berkenaan.

Di ketika aku menunjukkan senarai ubat, Tetiba Dr muda tadi menjadi marah kerana dia tidak mengenali ubatan yang aku tunjukkan, lalu aku di tanya di mana aku mendapat rawatan dan siapa Dr yang merawat aku, dimana aku melakukan pembedahan. Yang paling seronok untuk aku katakan bila Dr dengan nada tinggi berkata kepada aku 'ubat apa awak makan ini,saya tak pernah tengok pun ubat begini, esok saya mahu awak bawa surat pengesahan dari hospital '.

Aku agak terkejut dengan keterangan seorang Dr dari klinik kerajaan (jika tak silap aku) yang tidak mengetahui akan ubatan yang aku tunjukkan, Tanpa menyentuh tubuh badan aku maka sesi 'pemeriksaan' pun selesai, Selesai sesi pertemuan dengan Dr tersebut aku kembali ke bilik dan sementara aku menunggu warden untuk mengiring ke bilik aku sempat berbual dengan seorang banduan yang kerjayanya di luar ialah seorang Dr dan mempunyai klinik sendiri, beliau didapati bersalah kerana menjual ubat batuk kepada penagih ubat batuk (kesnya masih di peringkat rayuan pengurangan hukuman penjara).




Bersambung...

Tulisan selanjutnya sila dapatkan naskah buku 'Dari Makkah Ke Penjara Kajang'


Mabit di Muzdalifah (maksudnya, berhenti tidur sebentar) 
Suatu ketika setelah selesai mengerjakan kerja haji, aku dan rakan rakan mengambil kesempatan selama ada di Makkah sebelum berpindah ke Madinah untuk mengerjakan Umrah seberapa banyak yang boleh. Alhamdullilah hampir setiap malam aku melakukan kerja Umrah bersama rakan rakan kerja haji yang lain. Aku dapat mengerjakan 7 kali kerja Umrah ( mengunakan bas kos 20 Riyal) sebelum ke Madinah dan sekali mengunakan van yang boleh memuatkan 10 orang dengan kos 10 Riyal Matawang saudi bagi seorang. Setiap malam kami akan menyewa bas yang kami uruskan sendiri melalui kaunter perkhidmatan bas di hotel penginapan kami.


berehat Muzdalifah




Perjalanan pulang dari melontar di Jamrah



Melontar di Jamrah
Laluan masuk melalui terowong untuk ke Jamrah




Share this article :

0 komen: