SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Thursday, 20 November 2014

Suatu Masa Dan Ketikanya..



Alhamdulillah..akhirnya tuhan menggerakkan aku untuk menulis lagi…

tapi apa aku nak tulis..? almaklumlah dah lama tak menulis..dah hampir setahun agaknya aku tak menulis… idea yelekk

he he he, ok lah aku mulakan dengan web kesayangan nih…sharizal.com…hebat ..

tak sangka aku, web nih akan menjadi tumpuan, dari suka suka akhirnya menjadikan aku bekerja sepenuh masa dengannya… nak buat macam mana permintaan ada kan.. jalan kan sahajalah…

kalau tak silap aku, dah banyak kali dah aku update web nih dari versi 6.0 yang kerap kena hack sampai le sekarang versi 7.3 dan mungkin tak lama lagi nak update kepada versi 7.6 kalau ada budget lerrr…


Dari warna kelam kelabu yang aku suka sampai ler kepada paparan sekarang nih.. siap ada mata lagi, he he he he ..mata melihat mata memandang.. mata lah puncanya….

dan tak kurang juga perkara-perkara yang berlaku didalam nya…sejarah tetap mencatatkannya.

Keahliannya..??? emmm dari yang suka sampai ler pada yang membencinya..yang heran …walau dibenci macam mana pun sharizal.com tetap ada pengunjung, tetap ada orang yang sudi singgah dan ada juga yang dalam diam-diam masuk jenguk-jenguk….. alnasib daaaaa.

Sejak dua menjak nih kalau korang perasan macam-macam perkara berlaku ..aku pun heran dari mana agaknya ribut nih datang..tetiba jer melanda sharizal.com dan tempiasnya aku pun kena daaa..

Kekadang tu, aku rasa semacam jer bila aku buat kerja disini… terasa semacam aku diperhatikan..setiap gerak geri aku dikira ….nak kata glamer idak juga aku nih..tapi sampai aku nak berak pun orang tanya buat apa, he he he… ada orang kata ..aku sekarang dah macam artis.. hehehe..yer ke..??? tidak kot…artis memang mencari glamer..tapi aku tidak..glamer yang cari aku, ha ha..artis memang mencari publisiti sebab itu punca rezeki..tapi aku tidak…aku suka privacy dan bersendiri..tak suka kalut dan malut…

Ok lah kita pergi cerita sepanjang tahun 2004 sharizal.com..almaklumlah tahun 2004 pun nak habis dah….

Apa yang aku perhatikan dan yang aku dengar dari bisik bisik ada orang tak suka dengan aku nih, kenapa.?? tak pulak jelas kenapa… yerlah kalau tak suka dengan aku ok lah…tak ada hal punya, tapi apa kena mengena dengan sharizal.com..? kalau marah ngan aku ok lah…sharizal.com dok macam tu jugak..buat apa nak di godam nya web nih..aku buat pun suka-suka jer… yang aku heran apasal nak marah aku…aku usik sedara mara dia ke..? dan yang lagi aku heran…ada orang tu dolu dolu kemain lagi baiknya dengan aku..tapi sejak dua menjak nih dia hangin sebadan dengan aku, tak tahu kenapa..siap buat komplot lak lagi nak jatuhkan aku, hentam aku, siap buat provokasi lagi.. lagi heran orang yang dia ajak untuk cuba provoke aku tu pulak, dulu tu orang yang selalu dia kutuk belakang belakang….oh duniaa…sekarang nih dah jadi macam kaunselor pulak dia tu…apa sajaaa lahhh.

Sekarang nih kalau korang perasan, ada orang dari pagi buta lagi dah terjelepok kat SG nih tak tahu lah dia buat apa…tak kesah le kan mungkin dia nih minat membaca..yer ke..???..nak ganti webmaster kot…aku ok jer kalau ada orang nak ganti… almaklumlah orang kata aku glamer sekarang nih…yer ke..?? ha ha ha. glamer ler sampai nak berak pun orang perhati, ha ha ha

Dan ada juga orang yang kerjanya tak ada lain.. asyik-asyik menyebok hal orang.. asyik-asyik menjaga tepi kain orang..tak tahu lah apa yang dia nampak kat dalam kain tu…lain agaknya yang ada dalam kain dia tu…tu yang mengelupor jer sepanjang hari..ingat dah habis kat sini rupanya siap buru aku lagi kat web aku lagi satu tu…hebat kehidupan aku sekarang nih…nasib baik lah mereka nih tahu 2 jer web aku…kalau dia tahu semua, mau masak aku…

emm kalau korang perasan juga sekarang nih sharizalgroup dah ditukar kepada sharizal.com…ada juga yang bisik bisik bertanya kenapa…kena lah juga aku jelaskan kenapa…

pertamanya kerana sekarang nih sharizal.com dah tak ada admin dalam bentuk kumpulan tapi lebih kepada suka relawan sahaja :) kerana semua admin yang lalu dah tak berminat lagi untuk meneruskan kerja yang dikira membazir masa nih..nak buat macam mana..alang alang selok…biar ler dalam dalam :).yer lah mereka pun bizi juga kan, tak macam aku nih aahh bila bila masa jer ada kat depan screen komputer nih..terima kasih ler pada yang masih sudi lagi membantu aku melaksanakan kerja disini… ameera, marie dan nazmah….jasa anda dihargai…aikk.??? pompuan jer…he he he… apa nak buat dah nasibbb.

Tapi dalam diam-diam tu pun orang dok bisik bisik kata dan mengata kat aku..kononnya aku nih makan duit orang ramai…yer ker..?? macam mana tu..? emm nih mesti bersangkutan dengan derma yang aku minta tu…itu pun jadi hal…dah nama pun derma kan kalau tak paham rujuk ler dewan bahasa ..makna derma tu…ada ker aku paksa korang bayar..?? tak ada kan…kalau ada berapa banyak duit korang aku dah makan..?? kecuali pada admin yang lalu memang aku ada minta sumbangan.. sebab apa..?? hanya admin sahaja yang tahu.. tapi sekiranya mereka tu tak dapat apa yang mereka hajati tu ..aku minta maaf ler.. sebab bukan semua permintaan mampu aku tunaikan… kepada yang bertanya tu….boleh aku tahu berapa duit kau aku dah makan..?..aku masih ingat lagi pada satu ketika dimana hard disk sharizal.com nih kong..ketika itu aku betul tak ada duit….tapi Alhamdulillah ada hamba Allah yang sudi menaja untuk membeli hard disk tu dengan tidak ada apa-apa perjanjian pun…tapi datang pulak lagi satu hamba Allah nih …dia offer pulak supaya aku membayar duit yang aku ambik dari hamba Allah yang pertama tu…walaupun aku dah kata tak payah sebab aku tak ada perjanjian bila aku nak pulangkan semula… dia sogok juga…jadi aku amik ler…dengan tiada apa-apa syarat dan aku kembalikan pada hamba Allah yang pertama tadi… hujung hujung nya aku terima bill tuntutan supaya aku memulangkan kembali duit tu…emmm nak buat macam mana… aku tak nak, kau bagi… aku tolak, kau sogok.

emm berjalan ler macam biasa sharizal.com tanpa admin kecuali mereka mereka yang bersimpati dengan aku dan yang sudi menolong aku..juga yang ingin menambah ilmu didalam dunia IT nih, kata orang sedikit sedikit lama lama leh ganti webmaster :)

Baru baru ini.. sharizal.com dengan hasil usaha dari mereka yang benar benar ingin melaksanakan impian, telah menganjurkan satu majlis suai kenal ‘gathering’ cam tu, mula nya nak buat kat JB..konon nyer lah…alih alih terpaksa berpindah ke KL dan aku yang menjadi kambing hitam untuk laksanakan tugas menganjurkan nih, almaklumlah ..aku mana reti nak anjur menganjur nih….anjur pati buih bolehlah, ha ha ha…tapi tak apa aku sahut juga cabaran tu…maka terlaksanalah impian tu..walaupun ada cubaan cubaan mengagalkan rancangan tu.. biasalah manusia..melayu pulak tu..mana pernah puas hati dengan kejayaan orang lain…hari hari ameera dan marie kena hentam dan sogok dengan soklan soklan bodoh…tapi dengan aku tak mahu pulak dia cakap…ada yang cakap mahal lah..tak berbaloi lah… cekik darah lah…siap buat perbandingan lagi dengan majlis dia…yer lah…macam lah aku nih dok kat cerok kampong tu….lupa ke …aku nih di besarkan di KL nih ahhh….kalau setakat istana hotel tu tempat aku keluar masuk jer…dulu ler…sama jugak dengan Kelab Darul Ehsan tu….nak minum kopi dekat pool dia pun dekat rm30.00 secawan..dapat ler roti sandwich dua keping..ialah sharizal.com mana ada duit nak taja sebanyak itu kan..lain ler kalau aku nih kaya raya bukan setakat istana hotel tu….concord atau mandrien oriental lagi aku bawak korang makan, pada aku lah kan ..kalau nak ..kat mana pun tak apa…tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar…ok lah…tak caya tanya lah mereka yang datang…cendera hati pada mula nya memang ler nak buat banyak dan macam macam..tapi bila mengenangkan yang daftar tak ramai ..aku tak berani tanggung risiko…jadi aku buat berpada sahaja..Alhamdulillah juga berbaloi depa kata….itu pun ada orang jeles…:) kata tak lawa ha ha ha sebab apa ..? sebab dia tak dapat…ha ha ha terima kasih kepada Nazmah yang borong semua baki baju tu..mau sekeluarga dia pakai baju Sharizal.com… cerita pasal gathering tu tak yah lah kot….kat aku tak ada yang menarik…biar lah mereka yang menceritakan apa yang berlaku..aku sekadar memerhatikan sahaja…kerana pada aku….hanya doa ku pohon agar majlis ini berjalan dengan lancar.

..Alhamdulillah..dan gang gang yang datang gathering tu berasa sangat sangat gumbira..
walaupun aku tak leh nak serv mereka semua sepenuh masa..tapi aku tetap juga gumbira kerana dapat juga aku memberi ruang masa aku yang sedikit nih kepada majlis tu..sehinggalah akhirnya gang gang tu dapat meneruskan perjalanan cuti cuti Malaysia mereka..

Aku dapat tahu gang gang cuti cuti malaysia nih telah pun selamat tiba di pulau mutiara, seronok bukan main lagi depa ..tapi aku disini menerima bisik bisik cerita tak best pulak, bisik bisik kata yang aku dengar dari belah utara nih…ada yang mengatakan yang aku tak ngam dengan mereka ..tak tahu kenapa…tapi yang jelas, ada silap paham gitu….aku kenal pun tidak mereka nih… dan mungkin mereka telah salah tafsir tentang apa-apa yang berlaku yang mungkin diluar pengetahuan aku?? aku selalu juga ler sampai kat pulau tu..tapi mana aku ada jumpa orang orang atau bekas orang sharizal.com..??? aku pergi sana pun atas urusan kerja aku, begitu juga di langkawi..aku kalau pergi mesti pasal urusan kerja aku ..tak berminat aku nak jumpa dengan gang gang sharizal.com nih…tak caya tanya ameera..dah 5 kali aku turun naik kucing tu.. tak pernah pun aku habaq kat dia.. bila dah sampai KL baru aku bagi tahu dia, aku baru balik dari saner…begitu juga dengan sabah…mana ada orang tahu…
tapi yang ini, lagi aku heran… heran dengan apa jenis punya orang yang tak pernah jumpa, tengok, mengadap atau bercakap dengan aku boleh jatuh hati dengan aku, ha ha ha tak ker pelik dunia nih…yang bestnya dia tu siap tahu lagi latar belakang aku…ha ha ha

…kalau dah tahu latar belakang aku buat apa aku diganggu..biarlah aku jalani hidup aku macam orang lain…bukan sahaja kawan kawan di sharizal.com dikacaunya, habis sampai kenkawan dari web aku lagi satu tu pun dia menyebokkan diri…lagi heran, he he he ..ada pulak yang jadi infomer dia pulak tu, ha ha ha….kesian, hidup di pandu arah oleh orang lain.

Bila gang cuti cuti malaysia tiba di perak aku dapat cerita baru lagi..tapi tak apa lah yang nih aku senyap jer, tak yah bising bising… malu sehhh….
cuma aku nak sampaikan pesanan pada saudara “didi” jika terbaca ini atau turun ke KL caling2 ler saya…akan saya simpankan baju tu..dan kita boleh makan di terminal 3 tu… tak ada hal punya…tapi jangan ler lama sangat..takut baju kena makan lipas, ha ha ha.

Ok lah aku biarkanlah mereka yang cuti cuti malaysia tu cerita pengalaman mereka, nih aku nak cerita pasal sharizal.com pulak…he he he
sambungan…

Kalau korang perasan semenjak dua menjak nih sharizal.com kembali meriah dengan pelbagai gossip dan behind screen story..aku juga nampak macam ada sesuatu yang menarik sehingga dalam satu satu masa terlalu ramai pengunjung yang datang masuk dan jengah di sini dan ada ketika aku lihat macam ada perang saraf kat sini..kenapa ekkk…kalau korang perasann hit sharizal.com semakin tinggi sekarang..dan dalam satu satu masa tak kurang dari 30 orang mengunjungi sharizal.com nih walaupun sebagai tetamu..:) ianya tetap meninggikan hit sharizal.com..
Alhamdulillah…sharizal.com kembali ceria….tapi sayang, bukan ceria yang macam nih aku nak..aku lebih suka sharizal.com dalam keadaan harmoni.

Aku tak mahu ada unsur unsur umpat keji dan fitnah berlaku disini…kalau korang tak suka tak apa..pergilah web lain..banyak lagi ada kat luar sana tu.. dan aku pun senang nak buat kerja aku… ini tak habis habis buruk kan orang lain…kalau tak suka belah jer lah..buat apa lepak kat sini…bila aku BAN, kata aku tak adil…berat sebelah..kronilah, pilih bulu lah…bulu saper yang ku pilih pun aku sendiri tak tahu…korok betull.

Apa yang dia sakit hati sangat dengan sharizal.com nih aku pun tak tahu..yang aku nampak macam dia ada penyakit hati jer atau pun penyakit minda…sejenis penyakit kronik yang tak pasti boleh baik ker idak… yang lagi tak best tu…cakap balik tirai lah pulak…habis semua dia kocak, macamlah selama ini sharizal.com dok kocak rumah tangga dia..itu pun kalau lah ada rumah dan tangga ..kalau tak ada lagi ler payah…takut jadi patung mainan saja nanti.. nak kata sharizal.com nih perosak rumah tangga orang tak pulak ada aku rasa…tapi menambah ahli berumah tangga ada aku rasa..he he he selamat pengantin baru shehh..tak jemput kita orang pun ehh… dan kalau dilihat sekarang nih yang dia dok serang adalah mereka mereka yang status ‘janda’
…macam lah dia orang tu dok kacau laki dia..kalau kacau aku tak apa lah kan, ha ha ha…kan tak baik cam tu..salah ker berstatus janda …fikir sendiri lah… bukan semua orang suka melalui status macam tu..kalau yang bercakap tu sejenis dengan nya ..hati hati lah..mungkin anda juga akan melalui waktu yang sedemikian…sama ada bercerai mati ataupun bercerai hidup..dan kalau dari jenis berlawan…simpati lah pada mereka…janganlah dihina mereka…mana tau satu masa nanti diri kita pula mengalami perkara sedemikian…kita, di duda kan he he he.

Kalau diperhatikan pula dalam sidang…

wowwwww..rancak dan penuh dengan cerita ceriti yang kadang kadang aku meluat nak baca..tah apa apa tah tajuk dan isu nya…tak sesuai langsung ..tak membangunkan minda langsung..tapi nak buat macam mana kan, dah kata kan forum..berforum lah kita ekkk…tu lah hebat nya sharizal.com… macam kata pacik tu…macam macam adaaaaaa …

Sepatutnya sidang tu digunakan untuk bertukar- tukar pandangan atau cadangan dan juga berbincang perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan ataupun setidak-tidaknya bolehlah digunakan untuk mendapatkan bahan- bahan atau maklumat-maklumat yang boleh mendatangkan faedah pada kehidupan kita yang singkat ini…ini sudah jadi lain lah pulak..jadi tempat keji mengkeji, umpat mengumpat…buat tambah doser jer…ada pulak yang tak paham…dok main sampok jer ..tak kira dalam sidang mana pun.. sehingga dalam tulisan peribadi orang lain pun dia dok sampok..tak ker sakit minda orang cam nih…biar lah dia nak tulis pengalaman seharian dia tu ..untuk dia kongsi bersama..atau setidak-tidak nya boleh dijadikan macam sebuah cerita atau cerita penglipor lara…bukan senang orang nak kongsi pengalaman dia untuk kita ambik sebagai pengajaran atau setidak-tidaknya sebagai bacaan hiburan…ini tidak…dah lah menyampok cerita orang tu..di provoke nya lah pulak…macam lah dia tu menggangu ketenteraman awam..tapi tak tahu lah kalau ketenteraman dia tergugat…he he he tak dapek lah den nak nolong…betullah kata pakcik tu….sharizal.com ..macam macam adaaaaaaa….

Tapi..emm Alhamdulillah…syukur aku kepada hadrat NYA kerana walaupun kekalutan berlaku di sidang ataupun di ruangan topik atau ruangan sms…lain pulak cerita ceriti di bilik sembang atau chat room..apa yang aku lihat …bilik sembang bertambah harmoni sekarang, tiada lagi mereka mereka yang suka caci mencaci ada didalam tu…

Alhamdulillah…aku lihat mereka berbual dengan begitu seronok..lantak ler depa nak sembang apa pun..janji keharmonian bilik sembang tu dijaga dengan baik..walaupun ada juga kejadian yang tak diingini berlaku..tapi dapat diatasi dengan segera..tu lah aku nak pesan..dalam bilik sembang tu kalau boleh janganlah sampai di kenakan tindakan di BAN… susah nanti…kalau kena kick, ok lagi..tapi kalau dah kena BAN..habis semua yang tak terbabit pun akan terkena tempias..dah tu susah pulak aku nak leraikan..macam satu ketika dulu, ada dua kumpulan satu belah utara dan satu lagi belah pinggir lembah kelang…yang mana seorang bawak taik ..habis semua kena..sebab di bilik sembang tu sistem BAN nya adalah BAN Ip bukan BAN nick..jadi bila ada yang buat hal dan tindakan BAN dikenakan habis ler semua mereka mereka yang terlibat dengan IP tu akan terpalit sama…hujung hujung aku dipersalahkan.. tapi, Alhamdulillah semuanya dapat aku selesaikan dengan aman dan mereka mereka tu pun paham dengan jelasnya…tapi sayang baru-baru nih adalah pulak kumpulan yang buat hal lagi…nasib ler kan dah kena BAN…dan sekarang nih puas lah pulak nak memujuk supaya di buka semula…nak buat macam mana..tempoh nya masih ada lagi..kena tunggu ler jawab nya…sorry lah ekk…kepada semua chatter yang masih setia dengan bilik sembang sharizal.com… teruskanlah berbicara dengan harmoni dan aman tanpa ada ganggu dan gugat…terima kasih

juga kepada semua moderator yang masih lagi setia dan tegas dalam menjalankan tugas mereka tu… pedulilah apa orang nak kata…tapi kita tahu apa yang kita buat.

Wauuuuww panjang nyerrrrrr….ok lah, dah letih dah aku…nak pergi kelas pulak…dah lama ponteng kelas…he he he, semester baru semangat pun baru…he he he, hujung hujung nanti semangat pun akan jadi hujung hujung jugak, ha ha ha jadi sebelum jadi semangat hujung.. baik aku belah pergi kelas, kepala pun dah relax skit… nak belajar senang, nak mengajarpun jadi mudah…kepada yang sambung buat sarjana tu selamat kembali ke sekolah, ha ha ha…sebelum aku tamatkan cerita ceriti aku kali nih…ijin kan aku mengambil kesempatan ini…nak bagi tahu kat mereka mereka dan keluarga mereka…kalau tak suka…pergi lah tempat lain….kalau tak minat kat sini lepak ler kat tempat yang korang minat yang korang rasa bagus…tak ada hal punya…tapi percaya lah sharizal.com tetap ada pengunjung nya selagi ada hayat nya, tak perlulah digodam atau dikucar kacir kan kenkawan kat sini, biarlah mereka itu dengan dunia mereka…kecuali jika mereka tu mengugat rumah tangga korang tu lain cerita lah kan, akupun tak berapa setuju perkara tu jika ada benar berlaku, biarlah mereka tu mencari sahabat, sahabat yang macam mana dia cari tu biarkanlah dia…selagi dia menjaga keharmonian dalam bersahabat, doakan sahajalah… janganlah sampai aku menolak kehadiran korang yang tak menyenangkan ahli ahli disini… biarlah mereka bina keceriaan cara mereka…dan aku….he he he …aku akan tetap bersama disini, selagi aku mampu…ada tenaga….ada idea…aku akan tetap majukan sharizal.com..kalau dah kong lain cerita..

he he he..SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2005… TINGGALLAH 2004 YANG PENUH KENANGAN….

ps/- Tulisan ini ditulis untuk paparan di laman web www.sharizal.com

Share this article :

0 komen: