SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Thursday, 20 November 2014

Fenomena


Salam semua..rasanya lama betul aku tak menulis di sharizal nih..nak mula menaip nih pun terketar jer tangan ..he he he tapi masih boleh gelak lagi…alhamdullilah…

ok ..nih aku nak mula menaip…

Hari ini ada perkara yang berlaku yang membuatkan aku teringat akan satu kesah dizaman remaja aku.

aku cuba megimbau kembali zaman remaja ku satu ketika dulu..zaman masih di sekolah menengah.Sekolah aku tu kira jauh jugaklah dari kawasan perumahan tempat aku tinggal,dan penempatan melayu lah..

Didalam kawasan kejiranan yang boleh dikatakan 85% melayu, semangat kejiranan tu aku rasa kira akrablah…baik hubungan anak anak dan ibu bapa jiran, jiran A dengan jiran B…tak kecuali juga dengan keluarga aku..walaupun jarak sesebuah rumah tu pemisahnya sebatang lorong muat untuk laluan sebuah kereta..


Diantara jiran keluarga aruah ayah aku tu terdapatlah sebuah keluarga yang berketurunan Raja, berpandukan pada gelaran nama awalan mereka,si suami bernama Raja ‘Kamaruzaman’ yang aku panggei ‘pak ungku’ dan si isterinya bernama Tengku ‘Bariah’ yang aku panggei ‘mak ungku’ ..dalam keluarga ini terdiri dari 5 beradik yang boleh dikatakan rakan rakan sebaya aku jugak lah masa tu..dan yang paling rapat adalah yang bernama tengku ‘badiozaman’ dan yang lain tu aku tak lah rapat sangat, Tengku Badiozaman nih rakan rakan sebaya dengan aku panggei dia dengan nama ‘Badi’ sahaja, dia nih bagus dalam game bola sepak.

orait itu asas cerita aku lah…

Boleh dikatakan setiap hari persekolahan , selepas balik dari sekolah aku akan menaiki bus kemudian aku akan turun di perhentian bus yang melalui kawasan tempat tinggal keluarga aku, kalau sekolah sesi pagi, tengahharilah aku berjalan dengan terik matahari..itu sebab kulit aku gelap :) kalau petang…senja lah aku berjalan..alah bisa tegal biasa..dan perjalanan ini melangkaui masa lebih kurang 5 minit lebih kurang.

Pada suatu masa..minta maaf aku tak ingat tarikh nya dengan tepat…ketika pulang dari sekolah sesi
pagi..setelah turun dari bus, aku lihat Mak Ungku berada di perhentian bus tu, dalam hati aku biasa sahaja..walaupun ada sedikit keheranan..apa dibuatnya Mak Ungku di bus stop nih..nak kata dia tunggu anak nya tak mungkin.. sebab tak pernah aku lihat dia menunggu anak anak nya balik sekolah di perhentian bus itu, ‘Badi’ tidak satu sekolah dengan aku kerana dia bersekolah di sekolah aliran english sedangkan aku dialiran kebangsaaan. Dan ini lah kali pertama aku melihat Mak Ungku berada di perhentian bus itu ..selepas suaminya Pak Ungku meningal dunia seminggu lalu. ( Pak Ungku meninggal dunia akibat serangan jantung dan kencing manis )

Saperti biasa lagak bagai anak yang baik (walaupun perangai aku ketika itu mengalahkan jin..he he he tau tak apa..) aku beri salam pada Mak Ungku tadi..

Assalamualaikum Mak Ungku…

W’salam jawab Mak Ungku…

Aku ingat sampai situ jer lah…tetapi Mak Ungku terus memanggil nama aku..

Odi ..baru balik ke.?

aku jawab a’aa…

jadi oleh kerana Mak Ungku dah sapa aku, takkan aku nak belah gitu sahaja kan..jadi aku pun tanyalah dengan Mak Ungku..

Eh..Mak Ungku nak pergi mana nih? kenapa tak bawak kereta..kereta rosak kah..?

Mak Ungku tak terus jawab..cuma sekadar senyum dan terus memberikan jawapan yang aku rasa agak pelik lah jugak..

Mak Ungku tak kemana…saja nak tunggu Odi balik sekolah lah nih…

Dalam kepala aku lagi bertambah heran….

Ehh..kenapa pulak Mak Ungku nak tunggu Odi?? ..ada apa apa ker yang boleh Odi bantu?

Mak Ungku sekadar tersenyum…

Aku? lagi ler senyum takut he he he mana lah tau ada buat salah ker apa ker..

Mak Ungku nak balik rumah nih…nak minta Odi teman boleh kan…adalah jugak kawan Mak Ungku nanti.

Aku rasa lega walaupun dalam hati aku rasa lain macam…

Boleh aja Mak Ungku..jom lah…

Maka berjalanlah aku beriring dengan Mak Ungku…

Dalam perjalan Mak Ungku tak banyak bercakap…lebih banyak mendiamkan diri..jadi dalam kepala otak aku fikir mungkin Mak Ungku nak kawal stamina kot…maklumlah masa tu jarak umur aku dengan Mak Ungku hampir 30 tahun begitu lah lebih kurang, kami berjalan seiringan sahingga lah sampai dirumah..oleh kerana rumah keluarga ayah aku terawal dari rumah Mak Ungku yang jaraknya selang 4 buah rumah, maka aku terpaksa meninggalkan Mak Ungku untuk terus kerumah nya, walaupun ada juga aku tawarkan untuk menemankan Mak Ungku sahingga ke pintu rumah, Tetapi Mak Ungku memberi alasan yang mungkin aku sedang kelaparan.

Sebelum mengucapkan selamat tinggal Mak Ungku menghulurkan tangan, aku sambut sambil mencium tangan nya sebagi tanda hurmat saperti laku anak dan ibu bila bertemu. Sambil berpesan pesan pada aku..diantara lain nya ialah…”Odi jangan naughty ya…jadi budak baik, selalulah tolong orang…” itu lah kata katanya yang masih aku ingat..pada aku itu biasalah nasihat macam tu..mana ada orang nasihat supaya jadi setan kan,Sambil Mak Ungku berjalan meninggalkan aku di pintu pagar rumah ayah aku.

Didalam keadaan perasan dengan tidak, aku merasakan diketika itu banyak kereta di kawasan berhampiran dengan kawasan rumah Mak Ungku itu, tapi aku tak pasti di rumah siapa kah yang banyaknya kereta berkumpul tu. Kebetulan kereta ayah aku juga ada di dalam pagar rumah..dalam hati aku kata ohh ayah aku tak pergi kerja agaknya.

Masuk sahaja didalam rumah, tak ada sesiapa pun..cuma Kak Azah sahaja yang ada ( salah seorang kakak aku yang paling rapat dengan aku yang menjaga aku selepas kematian aruah Ibu aku sahingga hari ini ,al fatihah buat ibu aku) . Aku macam biasa masuk kebilik tukar baju dan kedapor untuk makan tengahari.

Selesai makan aku bertanya dengan Kakak aku..err mana ayah ? kereta ada ayah tak kerja ker hari nih? sebab pagi tadi Ayah yang menghantar aku ke perhentian bus.

Ayah pergi ziarah rumah Mak Ungku ..memang ayah kerja pagi tadi…kata Kak Azah.

Aku bertanya lagi…ada apa kat rumah Mak Ungku ? …

Oh yaa…Mak Ungku dah meninggal..sambung Kak Azah

Hahh??? terkejut aku..sambil bertanya ..bila.?

Pagi tadi..Akak baru balik dari rumah Mak Ungku sebelum Odi balik tadi…

Diketika itu aku rasa loya…seram sejuk, rasa macam nak pitam tapi belum pitam lagi..rasa nak muntah pun ada…tetiba badan aku rasa mengigil..dan akhirnya dunia aku jadi gelap….aku pensan…cuma aku dengar suara Kak Azah makin lama makin hilang..makin halus…

Bila aku sedar, aku diberitahu aku pesan hampir 2 jam,kelang kabut dibuat nya masa tu..mana nak urus jenazah..mana nak urus kan aku…tapi Kakak aku tak panik..sebab dia rasa mungkin aku pensan keletihan agaknya…cuma dia letakkan tuala basah sahaja dikepala aku atas nasihat rakan ayah aku seorang doktor.

Besoknya aku tak kesekolah kerana badan aku masih lemah..dan Kak Azah lah yang menjaga aku…begitu juga dengan Ayah dia pun tak kepejabat…dan abang kakak aku yang lain saperti biasa menguruskan hal urusan mereka .

Bila keadaan aku sudah bertenaga, aku bertanyakan semula hal Mak Ungku tu dan aku bercerita perihal apa yang berlaku tengahari semalam, Kak Azah macam tak percaya dengan apa yang aku cerita kan..begitu juga dengan Ayah aku..tetapi mereka tidak pulak menafikannya atau pun tidak mempercayainya..

Kau ada buat salah ke dengan Mak Ungku..? kata Kak Azah

Aku kata mana ada…

Emm..mungkin Mak Ungku sayang kat Odi …kata ayah aku.

Mungkin juga..sebab aku dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu…

Ini lah kesah yang berlaku hampir 25 tahun yang lalu yang masih tersimpan di benak batu jemala aku..yang masih terbayang akan wajah Mak Ungku..kebaikkan Mak Ungku..diketika aku menulis ini pun wajah Mak Ungku terbayang di ruang mata ..semua nya tak mudah aku lupakan…tetapi percaya atau tidak kisah ini berulang lagi dalam hidup aku dan aku mengalaminya sekali lagi hari ini..

Semalam 21 Julai 2006 jam 8.30 malam, aku keluar macam biasa untuk pergi minum minum atau dalam kumpulan aku mereka panggil TT atau Teh Tarik. Tak ramai cuma kami berenam sahaja ( nama tak yah sebut lah) ..yang lain lain mungkin ada hal ..kalau biasa biasa nya ramai..mau dekat 10 -15 orang.

Setelah minuman biasa aku sampai..teh tarik lerr… sambil borak borak..biasa lah bila orang lelaki borak…gosip pun termasuklah jugak ingat orang pompuan jer ke pandai bergosip..jantan lagi terok…selain cerita pasal artis , kereta..dan sedikit pasal politik.

Sekilas lalu aku perasan ada seorang yang sebaya umur nya dengan aku sedang duduk di satu sudut meja yang agak jauh dan kebelakang…kebetulan tempat kami minum tu ada disediakan meja di luar kawasan restoran ..saperti kebanyakkan yang kita lihat banyak restoran makanan meletakkan meja mereka diluar premis mereka…open air lah katakan..dan kawasan tu tak lah terang saperti didalam restoran.

Dalam hati aku berkata macam kenal jer mamat nih…almaklumlah mata ku bila malam tak berapa cantik sinarannya…lagi pun aku tak bawak teropong mata aku…Kawan aku yang sekarang sedang bercuti belajar di Shah Alam tu tau lah betapa kronik nya sinaran kelabu mata aku tu.

Setelah aku amati..sah lah mamat nih aku kenal, setelah merenung nya buat seketika dan bila anak matanya aku rasa memandang kearah aku, aku mengambil peluang untuk mengesahkan nya dengan mengangkat tangan dengan tujuan kalau dia kenal aku mesti dia juga akan membalas.

Seketika kemudian aku lihat dia melambai tangan nya ke arah aku..sah kompom mamat nih kawan aku yang dah lama aku tak jumpa..lama tak lama pun hampir 3 tahun…cuma kulit nya sahaja berubah..agak gelap sikit..dulu dia nih putih lah sikit dari aku.

Maka aku pun minta izin dengan kawan kawan aku untuk aku beralih meja minum, setelah aku jelaskan yang kawan aku nih lama aku tak jumpa.

Aku pun mengambil gelas teh tarik aku dan menuju ke meja tempat kawan aku nih duduk.

Assalamualaikum…’Azrin’ ..kejadah mana kau hilang..?…aku menegur kawan aku tu..

w’salam..ada aku macam ini lah…dia balas salam aku..dengan cuba senyum yang macam tak senyum tu..

Maka berbual lah aku dengan kawan aku nih..macam macam..tapi aku perasan ianya tak lah ramah saperti dulu dulu..ia lebih banyak berdiam ..hanya menjawab apa yang aku tanya sahaja…

Adalah dalam 1 jam aku bersama dengannya, hujungnya aku meminta no telpon dia sebab aku dah tak ada lagi no phone dia sejak kehilangan handphone aku tempoh hari.

Setelah aku set kan no nya…aku dengar dia berkata..’.No nih pun tak lama aku pakai’

Dan aku pun memberikan pada nya no phone baru aku..

Ehh ok lah aku lepak sana balik…nanti esok aku call kau..boleh kita lepak sini sembang sembang…sambil aku hulurkan tangan untuk bersalam dengan nya…

Dia sambut sambil memegang erat tangan aku…disini aku ada rasa pelik sedikit…jarang kawan kawan aku yang salam secara begini..aku lihat dia cuba untuk memberi tahu aku sesuatu.

Oleh kerana aku rasakan mungkin dia ada masalah..dan keadaan tidak sesuai untuk diluahkan…aku berkata kepadanya…

Tak apa…kau simpan dulu…esok aku call kau, kita boleh sembang lain nanti…relex lah brother…pesan aku cuba menenangkan keadaannya…aku tak tahu lah apa masalahnya..tapi naluri aku berkata dia sedang berada didalam masalah.

Aku terus meningalkannya tanpa menunggu jawapan balas dari dia..tapi dalam hati aku berkata..InsyaAllah esok aku akan hubungi dia…mana tau ada perkara yang boleh aku bantu…mana taukan..selagi mampu tolong kita tolong lah.

Setelah aku kembali ke meja bersama kawan kawan aku..dan teruskan gosip kita orang tanpa aku jelas kepada mereka siapa kawan yang aku jumpa tadi..dalam leka aku bersembang tak sedar bila masa si ‘Azrin’ tu tinggalkan meja dia…tau tau di meja dia dah ada orang lain duduk.

Pukul 3 pagi sesi TT kita orang selesai, itu pun sebab ada sorang kawan aku nak berangkat ke Kedah esok Flight kul 9 pagi..kalau tidak mau sampai subuh kita orang ber TT.

Setelah bersalam salam kita orang pun bergerak lah ke kereta masing masing,diketika ini direstoran tadi makin ramai orang datang..isk isk isk…tak tahu tido ke apa ker dia orang nih,melihat dari cara berpakaian kelihatan macam baru keluar dari pusat hiburan ( disko) agaknya lah.

Dalam perjalanan pulang sempat membaca mesej dalam handphone dari seorang kawan dari Shah Alam yang kini dah sampai ke kampong halamannya,oleh kerana aku nak memandu maka aku call lah saja dia, sembang lah sekejap tanya kabar lebh kurang..aku bukan reti sembang dalam phone lama lama.

Hari ini Sabtu 22 July 2006, aku bangun dari katil agak lambat..dekat kul 10 macam tu nak cover tido lah kot…TT semalam punya penangan, mandi lebih kurang , aku lihat mesej dalam hand phone…

‘aku on the way kat kawasan kau..jom breakfast..tempat biasa’

Saperti biasa setelah selesai urusan dibilik mandi.aku on pc untuk melihat kot kot ada mesej sambil melawat dan updatekan laman web mana mana yang patut keutamaan mesti lah laman sharizal.com ini, aku lihat kawan aku yang di Shah Alam tu dah ada, sempat lah jugak beryahoo dengan dia sebelum aku minta permisi kerana kawan aku tadi dah sampai.

Sampai di restoran aku memesan teh tarik dengan mee kari kawan aku minta teh ais juga mee kari,

Sambil menunggu pesanan tiba kita orang bincang serba sedikit ehwal semasa, membuat pangilan tepon kepada rakan rakan lain kalau nak join morning TT hampeh semua ada urusan mereka sendiri.

Sambil makan dan minum, sembang sembang kawan aku nih serah kan beberapa dokumen dan dua keping cek yang perlu aku tanda tangan untuk bayaran kepada pihak pihak penerima, hampeh..kalau cek untuk aku best jugak ha ha ha. setelah cek aku tanda tangani aku hubungi kawan aku di Ampang Ulu Klang mengatakan cek dah sain boleh datang ambil… ‘orait boss malam nanti saya datang ambil’ seronok dengar suara dia.

Dalam pada aku dok minum tu teringatlah jugak dengan ‘Azrin’ yang aku janji untuk talipon dia.. ‘emm tak apa lah petang nanti aku call lah..call sekarang takut bizi pulak dia tah tah tak bangun tido lagi per kerr.’ kata aku dalam hati.

Setelah selesaikan urusan sarapan dan urusan kerja, maka aku pun minta diri..dan rezeki pagi aku hari ini kawan aku membayar harga sarapan kami tadi..alhamdullilah.

Sampai dirumah aku teruskan dengan kerja kerja mengupdate laman web, sambil beryahoo dengan kawan aku.

Cuaca diluar agak mendung dan kilat kedengran agak kuat juga tanda hari akan hujan. Oleh kerana kawasan rumah aku nih sistem pendawaian buminya tak begitu cantik dan kerap berlaku black out jika berlaku kilat kuat, Maka aku minta diri dengan kawan aku untuk logout bila sang kilat mula menunjukkan taringnnya.

Aku cuba cuba hubungi kawan aku semalam tu, tapi terhalang kerana kilat diluar dah mula sambung menyambung tak pasal pasal nanti ada pulak yang kena sambar dek petir nanti, tak sampai seminit dua kilat berdentum kawasan rumah aku black out..kan aku dah cakap. boring punya pasal aku malas kan diri kat katil aku, fikir itu fikir ini..hujungnya aku terlelap ..yuz z z z z z z z z z.

Sedar sedar hujan dah tak ada dah berhenti..bila berhenti aku pun tak tahu sebab aku terlena..isk..lihat pada jam dinding…tepat kul 5 petang.

Terus capai talipon, aku hubungi no ‘Azrin’ saperti yang aku janjikan semalam tak best rasanya jika buat janji tapi tak dikotakan.

ringing ada ok dapat….

‘helo….’ terdengar suara seorang perempuan lembut jer bunyi nya..

‘assalamualaikum’..balas aku…

‘errr..ini nombor sekian sekian ke’ aku bertanya untuk kepastian dalam hati aku berkata mungkin isterinya yang menjawab.

‘ye…siapa nih’ pendek sahaja jawapannya sambil bertanya …

‘saya (aku sebut nama penuh saperti bisa dah kebiasan aku akan perkenalkan nama penuh kalau ada yang bertanya)…emm boleh saya bercakap dengan ‘Azrin’ ‘ pinta ku ..

Talian menjadi sepi seketika walaupun sayup sayup dihujung telinga kedengaran suara saperti kelang kabut , beberapa ketika kemudian kedengaran suara perempuan yang lain dari suara tadi.

‘ er heloo..siapa ni nak bercakap dengan siapa..’ terdengar suara didalam telepon aku..

‘Err,,saya (saperti biasa aku sebutkan nama penuh aku)’..

‘Boleh saya bercakap dengan ‘Azrin’ ‘ sambung aku..dengan rasa agak pelik dengan suasana tersebut..dalam hati aku berkata..’apa punya turrr’

‘ Minta maaf encik…’ sambung suara perempuan tadi..

‘ Abang ‘Azrin dah meninggal dunia dan baru dikebumikan selepas zohur tadi’..begitulah penjelasan suara perempuan tadi..

‘ isk’ …sepontan jawab aku..’bila pulak dia meninggal’..soal aku untuk kepastian..

‘Pagi tadi kul 3 pagi (sambil menyebut nama hospital swasta kelas pertama di pusat bandaraya)

‘ ko lu inna lillah wa inna lillah hi ro jiun’..sepontan keluar dari mulut aku…

‘Sakit apa’ ..aku bertanya..

‘ Abang sakit barah paru paru’ ..sambung perempuan tadi..

‘ ooo..’ saperti aku dah tahu…walaupun ketika itu aku rasa macam tak percaya dengan apa yang sedang berlaku…

‘er..siapa yang cakap nih.’ ..aku bertanya..

‘Saya ‘Zura’ adik ‘Azrin’..jelas suara perempuan tadi..tak terlintas dikepala aku macam mana rupanya si ‘Zura’ ni.

‘yang tadi mula mula jawab talipon nih siapa’ ..aku bertanya lanjut..

‘ tadi kakak ipar saya isteri abang ‘Azrin’…jelasnya lanjut..

‘ooo..’ balas aku..

‘minta maaf lah saya tak tahu ‘Azrin ‘ sakit dan dah meninggal dunia…sebab dah lama tak jumpa aruah.’ aku cuba memberi penjelasan…

‘tak apa …ramai kawan aruah abang tak tahu lagi nih’ ..kata suara dalam tipon aku tu

‘kirim salam saya pada keluarga…assalamualaikum’…. kata aku kepada ‘Zura’ sebagai penamat perbualan aku tadi..setelah mendapat serba sedikit gambaran berkenaan dengan penyakit almarhum dan bila kematiannya di catatkan.

Aku masih di atas katil lagi…sambil membaca surah alfatihah…

Dalam jemala aku terimbau kenangan bersama rakan aku tadi, shinggalah imbauan kenangan malam tadi..ketika sampai tahap ini ..aku rasakan badan aku dah mula tak selesa, seram sejuk dah mula terasa.

Rupanya diwaktu yang sama waktu pertemuan malam tadi sahabat aku nih sedang nazak bersama sakaratul maut.

Bertanya dengan akal aku.. siapa kah yang aku jumpa malam tadi..??..persoalan ini lah yang membawa kenangan aku 25 tahun dulu bersama Mak Ungku….

Aduhh ..satu fenomena yang susah nak diterima oleh akal waras…tapi ini lah yang aku alami hari ini..

Persoalan aku..kenapa kah aku menerima keadaan saperti ini..adakah orang lain juga pernah mengalaminya? dalam aku berfikir dengan keadaan akal aku keliru..kedengaran azan maghrib..

Aku berhenti seketika memikirkan hal ini….kerana badan aku dah mula merasakan tidak begitu selesa..susah aku nak jelaskan keadaan ini..mungkin korang boleh fikir sendiri keadaan aku ketika itu.

Diketika aku mula menulis ini ..hati aku masih lagi sayu dan akal aku menjadi keliru dengan apa yang berlaku dalam hidup aku hari ini….mengapakah aku menerima fenomena ini..?? mungkin ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada aku…hanya Allah sahaja yang tahu. Harap harap aku tak mengalami demam..walaupun kecendrungan kearah itu dah mula dapat aku rasakan..

Al fatihah buat Allahyarham Bahrin @ Azrin bin Mustaffa selamat kembali kerahmatullah pada jam 3.18 pg, 22 July 2006. Semoga Allah tempatkan roh nya bersama sama dengan hambaNya yang soleh.

Amin..

23 Julai 2006
04.00 pagi
obey_one


ps/- Pernah disiarkan di laman web www.sharizal.com




Share this article :

0 komen: