SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Thursday, 20 November 2014

Istidraj II



Assalamualaikum

Buat semua pembaca obeyone.com, tulisan ini adalah bersangkutan dengan apa yang telah aku tulis pada beberapa hari yang lalu berkenaan dengan Istidraj.

“Kenapa kadang kala kita lihat sesaorang tu sentiasa dapat kegembiraan saperti dapat naik pangkat,murah rezeki dan sebagainya sedangkan orang tu selalu melakukan kemungkaran? “.

Pada jawapan aku adalah, sesuatu anugerah Allah s.w.t kepada sesaorang individu tu bukanlah sebab Allah sayangkannya semata, tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Teringat juga pada suatu ketika dahulu, Ada sahabat bertanya kenapa kadang kadang kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang di impikan.

Jawapannya adalah itu tandanya Allah sayang pada kita.

Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dapat apa yang diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Allah. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita taksub dan lupa untuk bersyukur pada yangNya.

Itulah gambaran serba sedikit maksud sebenar yang cuba aku sampaikan, sebab ada rakan sahabat yang bertanya apakah dianya istidraj itu?

Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj. ( bak kata pasar kalau bersopan kita bagi dengan tangan kalau benci kita bagi juga tapi kita hulur dengan kaki..cam tulah)

Rasullulah s.a.w. pernah bersabda :“Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” (Diriwayatkan olehAt-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Sama saperti orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,boleh hidup kaya dan mewah, sama taraf dengan orang kafir lihatlah betapa takburnya mereka tanpa Islam dan Agama mereka tetap hidup mewah.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!

Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun hidup penuh dengan maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, aku pergi kelab dang dut pun dengan kereta mewah”.

Jangan tersalah faham ada ketikanya Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya, maknanya tertewas dalam kesenangan @ kemewahhan.

Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya hancus juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Percayalah pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula kita bersangka buruk kepada mereka yang kaya,nanti bila ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat dengan kerja bersungguh,kita kata istidraj. Orang-orang berpangkat besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita menolak kekayaan nanti di katakan kufur nikmat.

Jika hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari tetapi kita perlu menjadi kaya untuk membantu rakan sahabat yang kesusahan, juga bukan miskin yang kita hendak, jika kita miskin bagaimana kita hendak berjihat?, bagaimana untuk membantu mereka yang benar benar kesusahan atau fakir?.

Yang penting tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Orang itu akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Waulla hu alam.

Sekian aku tamatkan siri Istidraj ini .. tiada lagi jawapan selepas ini…

*oleh Obey_one pada May 6, 2009.
Share this article :

0 komen: