SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Thursday, 20 November 2014

Tahyul dan Kurafat


Sahabat pembaca obeyone.com, Sejak zaman aku kecil dulu pernah kecoh tentang hantu, macam macam jenis yang tersebar masa tu.Hantu kepala anjing, hantu Kjm Kum lah, hantu Stoking lah, selain nama nama hantu yang popular ketika zaman aku tu macam pontianak, langsuir dan pocong.

Kemudiannya bila fahaman jahilliah mula di benteras dan tok tok imam pun mula memerangi fahaman kolot berkenaan dengan hantu maka tibalah zaman di mana hantu mula di lupakan dan ketika itu ramailah pulak Puak puak bernama manusia pula mengambil alih tempat hantu dengan mereka sendiri menjadi hantu melepak didalam semak dan kedai mamak sampai kul 3/ 4 pagi.

Tetapi di akhir akhir ini korang perasan tak.. kepercayaan kepada puak jenis Hantu ini kembali “menghantui” masyarakat, baik dari bangsa apa pun.. Melayu,Cina mahu pun India semua ada hantu mereka tersendiri.


Kalau cina dengan Hantu Lompat nya..India hantu dia semua baik belaka dan paling banyak hantu jenama Melayu..paling banyak dan macam macam nama ada.. kalau orang Putih hanya ada Dracula sahaja.

Bebudak zaman siber sekarang ni percaya pada hantu lagi ke? Kalau sebut pontianak,langsuir,hantu galah atau nak paling paling ngeri sebut jenama Nyarepik, Sundal Bolong dan tah tah apa lagi jenama keluaran melayu agak agak dia orang tahu ke tak menatang mende semua tu? Entahlah Kalau ikut logiknya dibandar bandar sekarang ni kat mana lah hantu-hantu tu semua nak lepak. Siang ke malam ke sama je terang-benderangnya. Lepas tu terpaksa bersaing pula dengan hantu-hantu spesis manusia saperti yang aku sebut diatas tadi. Sengit sungguh persaingan sekarang ni sampai hantu pun susah nak cari makan.

Sedar tak sedar sekarang ini musim hantu berkeliaran telah mula menjadi semula, berturut turut orang film membuat cerita hantu yang di katakan seram walaupun tak lah seram sangat, menambahkan bosan lagi menontong TV adalah, sebab utama Hantu melayu pengotor dengan kudis dan kurap kat muka tak macam hantu Cina dan hantu Mat Salleh.

Jika dulu pihak ‘penapis’tayangan TV dan JAKIM ada mengluarkan peraturan jebis jenis yang boleh disiarkan di kaca tv sekiranya melibatkan hukum adat dan Agama terutamanya Akidah. Kini aku rasa saperti larangan atau peraturan itu sudah tak terpakai lagi didalam kebenaran untuk siar tayangan baik panggung atau pun siaran TV.

Jika dulu kuat diperkatakan cerita cerita sebegini moleh memudaratkan fahaman akidah bagi mereka yang lemah cara pemikirannya, yang masih lagi mempercayai kuasa “bomoh @ dukun” dan kisah hantu ni telah di mutamatkan ada didalam masyarakat Melayu Yang Islam.

Jika dahulu pihak pihak berwajib telah berjaya menghapuskan fahaman kolot berkenaan dengan kisah hantu hantu yang begitu sinonim dengan masyarakat berbudaya terutama Melayu yang penuh beradat ini.

Kini hantu hantu itu telah di hidupkan kembali melalui pengarah pengarah film yang melihat ianya memberi pulangan dan pendapatan yang lumayan.

Soalannya macam mana boleh wujud cerita-cerita hantu ni semula?

Melalui perbualan dengan beberapa orang rakan, ada yang mengatakan di kampong kampong yang dapat mengikuti siaran TV dari negara jiran yang begitu terkenalnya dengan ilmu mistik ini merasakan satu keseronokkan bila dapat menonton cerita cerita seram yang dihidangkan.

Jadi bolehlah dikatakan pengaruh cerita seram dari negara jiran telah menular didalam negara kita sendiri. Dan seingat aku ada beberapa Musium di tanah air kita sendiri pun pernah membuat pameran berkenaan dengan hantu mantu ini, dengarnya mendapat sambutan hangat. Mungkin yang pergi terdiri dari mereka yang ingin mengetahui akan benarkah hantu ini ujud .. dan bolehkah dirasai keujudannya,aku rasa ramai yang tahu kebenaran setelah kembali dari lawatan tersebut, dan karwayawan film tempatan pun mendapat ilham dari sambutan yang di beri pada pameran tersebut untuk membuat duit.

Apa kah kesannya kepada kebudayaan negara kita terutamanya bagi Orang Melayu yang beragama Islam?

Untuk kita yang telah berumur pertengahan abad mungkin tiada kesan kerana kewarasan fikiran, tetapi bagaimana dengan anak anak yang baru mengenal kehidupan? adakah kita perlu membbiarkan pemikiran anak anak ‘moden’ kita dengan cerita cerita karut berkenaan dengan hantu selain menjelaskan perkara sebenar syaitan dan Iblis?

Adakah kita mahu mendidik anak anak kita berjalan kearah belakang dengan membelakangi arus kemodenan dengan cerita hantu mantu ini?

Jangan sampai anak anak kita percaya bahawa hantu hantu ini mempunyai kuasa, melebihi kuasa akal manusia, ( melihat kejadian histiria di sekolah sekolah dan asrama) yang kemudian di datangkan dengan seorang bomoh atau dukun yang membaca serapah jampi, Bila ditanya mereka mengatakan mengunakan ayat alquran untuk menghalau hantu hantu tersebut, boleh percaya ka?

Sabda Rasulullah SAW,

“Luruskan saf, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung (urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus (urusan)nya. “ (Abu Daud , Sohih Targhib wa Tarhib 495)

Berpandukan hadith diatas, sedangkan didalam masjid pun setan ada untuk menyesatkan hamba Allah yang akan mendirikan solat ( yang sering berkumandang bacaan alquran) ini kan pula di luar sana .. benarkah ianya takut pada bacaan Al quran?

Aku berharap sangat kepada YB Dato Seri Utama Rais Yatim yang menjaga hal ehwal “penyiaran” tapis tapislah sikit film hantu hantu ini ( kecuali cerita seram yang sebenar seram tampa imej hantu), jangan dibiarkan anak bangsa kita tertawan dengan momokkan hantu yang dah lah tak lawa berkurap pulak rupanya hantu melayu ini.

Kepada karyawan film, buat lah film seram yag sebenar seram, jangan lah buat film yang mebodohkan orang melayu dengan cerita tahyul dan kurafat.

Meluat dah aku tengok muka hantu MELAYU….

Tak ada ke hantu yang lawa lawa selain Maya Karin?

Share this article :

0 komen: