SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Thursday, 20 November 2014

Jangan Bohong!!




Assalamualaikum.

Hari ini sudah 23 hari kita berpuasa Ramadhan bulan yang mulia. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang dianggap sebagai bulan “pendidikan” atau “madrasah” untuk mendidik hawa dan nafsu insan agar ia tergulung dalam nafsu yang dibenarkan dalam Islam.

Apakah formula yang boleh kita gunakan untuk mendidik nafsu kita? Mungkin banyak mungkin tidak malahan mungkin tidak perasan.

Pada aku “Jangan bohong” itu lah fomula asas untuk kita menuju kearah pembaikkan diri dan mendidik nafsu, tak percaya? cubalah latih diri untuk tidak berbohong hari ini anda akan dapat rasakan kelainan pada kehidupan saudara saudari hari ini.

Perkataan “bohong” bermaksud berlainan daripada yang sebenarnya. Ia bermaksud dusta, karut dan palsu. Maka ia tidak sesekali benar. Sebuah cerita menjadi cerita bohong apabila cerita itu berlainan daripada cerita yang sebenarnya berlaku. Jadilah ia cerita dusta, cerita karut dan cerita palsu dan akhirnya akan menerbitkan satu fitnah.

Saranan kepada sahabat supaya “jangan bohong” adalah satu cara untuk menanam sifat tidak berbohong itu ke dalam diri kita. supaya menjadikan satu azimat untuk menjalani kehidupan di dunia serta seterusnya mendapat kemenangan di akhirat kelak.

Apa bezanya diantara “jangan bohong” dengan “bercakap benar”?

Disinilah, kita dapat melihat kebijaksanaan akal kita untuk menilai diantara dua perkara yang hampir serupa tetapi tidak sama. Dari satu sudut, kedua-dua ungkapan ‘jangan bohong” dan “bercakap benar” nampaknya sama tetapi sebenarnya ia tidak serupa. “Bercakap benar” lebih “direct” daripada “jangan bohong”. Namun, “jangan bohong” lebih kelihatan praktikal untuk diamalkan oleh mana-mana individu.

Maksud sebenar “jangan bohong’ yang disarankan disini adalah agar kita jangan sesekali membohongi diri sendiri.Jika kita sanggup berbohong kepada diri sendiri maka sudah tentu kita akan berbohong kepada orang lain. Kita juga akan berbohong kepada Allah. “Biar tidak kaya, biar tidak ada jawatan, biar tidak ada apa-apa… jangan bohong pada diri sendiri dan Allah”.

Kerapkali aku canangkan, “ Niat, cakap dan buat mesti betul dan selari”. Jangan cakap lain, buat lain. Jangan niat lain, buat lain. Jangan niat lain, cakap lain.

Kesan-kesan daripada percakapan dan perbuatan yang bohong mempunyai implikasi yang besar, lebih-lebih lagi jika ia diamalkan oleh para pemimpin. Ini kerana ia melibatkan semua pihak yang dipimpin dan juga jentera yang dipandu.

Inilah yang terjadi kepada kita.

Hatta apa yang jelas berlaku adalah perpecahan demi perpecahan kerana sifat “jangan bohong” tidak dipraktikkan dikalangan pemimpin dan ahli. Perpecahan berlaku apabila ada pihak yang berbohong atas sebab kepentingan diri masing-masing. Niat lain. Cakap lain. Buat lain. Maka jauhlah diri daripada sifat orang-orang yang benar. Orang-orang yang solih. Orang-orang mukmin.

Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?

Untuk memastikan perjuangan kita terus relevan dan diberkati Allah swt, semua rakyat mestilah mengamalkan sifat “jangan bohong’ ini. Ia mesti dizahirkan, diamalkan dan dibudayakan dalam menjalani kehidupan seharian kita. Bermula daripada peringkat pemimpin tertinggi sehingga kepada peringkat rakyat kebanyakkan, sifat ini mesti diamalkan senantiasa.

Bila kita berkata bahawa perjuangan membela nasib Agama, bangsa dan negara perlu diteruskan maka segala niat kita, cakap kita dan perbuatan kita seharusnya menjurus kepada perkara tersebut. Barulah kita akan mencapai kejayaan yang kita impikan bersama.

Pesanan seorang Guru Tua tentang amalan “jangan bohong” adalah satu pesanan yang penuh hikmah. Ternyata ia masih lagi relevan sekarang dan dimasa-masa akan datang hingga ke akhir zaman..

Sekian untuk hari ini jumpa lagi lain masa dan ketika..mula lah latih diri untuk tidak berbohong.


* oleh Obey_one pada September 23, 2008.

Share this article :

0 komen: