SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Tuesday, 25 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 6)- Dadah, Pengasih Dan Penjara



'Abang nak tanya skit boleh?' satu sapaan di pagi hari selepas sarapan. Banduan ini aku kenali dengan panggilan 'Saiful' (bukan nama sebenar), Susuk tubuh agak kurus dan aku di fahamkan dia mengalami sakit pada paru paru. 'Ya' aku membalas silakan '.

Soalannya agak biasa sahaja tapi sedikit ada kemusykilan dengan pertanyaan begitu, 'Best ke Makkah, macam mana rupa Makkah' soalan pendek kepada aku. 'errr aku terpaku sebentar untuk memikirkan cara mana untuk menggambarkan keadaan Kaabah, aku rasa itu yang di maksudkan. Kalau tanya Makkah sikit punya luas ker aku nak jelaskan lagi pun bukan nya aku teroka seluruh bandar Makkah ketika menunaikan haji yang lalu. 

'Maksud kau Kaabah atau Makkah? aku bertanya kembali', Kalau Makkah itu salah satu bandar di Arab Saudi dan disitulah letaknya Kaabah. Saiful tidak berkata apa sekadar mengganggukkan sahaja, aku faham dia maksudkan Kaabah, kalau kau tanya Makkah aku kata biasa sahaja tapi kalau kau tanya Best ke Kaabah, yang boleh aku kata itu kiblat solat umat Islam.


Bersambung...

Tulisan selanjutnya sila dapatkan naskah buku 'Dari Makkah Ke Penjara Kajang'

Gambar ketika musim Haji 2013, diambil dari bunbung Masjidil Harram (Kamera NIKON D300s)


'Bismillah Hi Allah Hu Akbar'

Dinding Luar Masjidil Harram

Share this article :

0 komen: