Hasil tulisan seorang sahabat buat diri saya…
“Bukan semudah ini nak saya luahkan apa yang tertanam jauh dilubuk kalbu…..payah, susah, tak pernah tergambar untuk saya menulis tentang seorang yang saya rasakan sangat mempunyai daya tarikannya yang tersendiri…
Pertama kali saya menjengok ke ruangan sembang itu dahulunya adalah kerana ingin melampiaskan rasa gian dek sebuah rival chatroom yang terkena serangan virus tak bernama, mungkinkah sars? Ruangan chat yang saya jumpa dengan tidak sengaja di suatu hari di bulan Mei tahun lalu, membuat saya mengenangkan kembali kisah-kisah lama di waktu saya menjadi ratu irc.. cewahhh!!.. haha zaman polos di awal dewasa dahulu, sungguh memberi seribu makna. Sudah pasti sangat payah untuk saya lupakan.
Tetapi, tulisan ini saya tulis bukan untuk mengenangkan kembali nostalgia cerita lama saya. Bukan, tidak sama sekali. Kita kembali pada hari pertama saya menjenguk Sembang Sharizal. Ketika itu,
petang, tidak ramai orang rupanya di chatroom ini. Suasana di luar yang suram, menyebabkan saya merasa agak janggal masuk ke chatroom asing yang penghuninya tidak saya kenali walau seorangpun. Namun, gian punya pasal, saya persetankan sahaja rasa segan itu. Dia dikelilingi dua orang chatters bericonkan wanita berambut blond. Saya memang kurang biasa dengan interface SS ini, almaklumlah, sudah terbiasa dengan skrin berwarna putih di CN. Senarai icon/emoticon nya juga berbeza. Di sini, kelihatannya wanita-wanita dan lelaki itu berbual dengan penuh sopan sekali. Saya yang selalu di usik dengan bahasa-bahasa yang kurang enak di CN, merasa sungguh terpegun kerana bahasa yang digunakan di SS memanglah ‘sepohon kayu…’ (dengan gaya tangan sepohon kayu sekali, okay!!). Bukan saya tak sukakan cara yang sebegitu, di CN sendiri saya sentiasa cuba berbahasa sebaik mungkin. Berjenaka, memanglah biasa, cuma kurang berbahasa ‘kasar’ atau lucah. Sebabnya, memang itulah saya. Tak pandai menjadi seorang yg bukan diri saya sendiri. Walaupun mungkin saya menggunakan nick yang berlainan, namun, intipatinya, jati dirinya itulah saya. Dan tiada orang lain yang boleh sama menjadi seperti saya.
Dan di Sembang Sharizal, pada petang yang suram itu, saya perhatikan, semacam ada acara ‘tarik tali’ di antara mereka yang ada di SS … usik mengusik, teka meneka, cubaan untuk kenen-mengkenen…menjamu ‘air kopi’ .. di samping berkongsi berita tentang rakan2 yang tak saya ketahui siapa. Soalan-soalan saya yang peramah di petang itu seringkali tertepis. Saya ni pun, dah la baru masuk, banyak songel lah pulak bertanyakan soalan2 yang mungkin membingitkan. Siapa Sharizal? Siapa obey_one? Kenapa obey_one yang menghantar email memberi katalaluan untuk memasuki Sembang sharizal, andai SS bukan kepunyaannya? Persoalan lain yg muncul di benak saya (tetapi tentulah saya tak luahkan, kerana jika ditanyakan, pasti saya kena ‘kick’ dari Sembang sharizal!) ialah : Kenapa ada nama obey_one merata2? Kenapa semua orang macam kow tow pada obey_one nih… Siapa tuanpunya sebenar SS? Obey_one ni semestinya seorang yg penting di sembang sharizal, kalau tak, takkan namanya yang tertera di email yang menghantar password untuk membolehkan saya masuk ke sembang!! Waktu itu saya tak tahu langsung kewujudan SG. Sebab, saya hanya mahu bersembang di chatroom saja. Ada kelainan bersembang di chatroom ini. Ia memberi semacam ‘kick’ gitu. Tapi, siapakah manusia bernama obey_one ini? Oh, sungguh misteri..
Dua tiga bulan selepas itu, barulah saya sedari kewujudan sharizalgroup, yang bertemakan ‘penghubung antara sahabat’. Siapakah yang bersahabat? Bagaimana mereka ini boleh mengaku bersahabat? Bagaimana mereka ini boleh rapat? Siapa yang bina lamanweb ini? Kenapa mereka memanggil sharizal group sebagai penghubung antara sahabat?? Hadoii…banyak sungguh persoalan yg bermain di kepala saya…Memanglah, sebelum itu saya selalu juga melawat laman2 web komuniti. Jeles, because I’m not a part of those communities. Bila agaknya saya boleh menjadi sebahagian dari web komuniti? Wah, pelikkan! Kemesraan boleh terjalin di alam siber, yang pastinya agak memelikkan bagi mereka yang tidak menjiwai siber ini sepenuhnya. Tak pernah berjumpa dan bertegur sapa di alam nyata, tiba-tiba berbual mesra di alam siber. Yang mengurat tu, toksah ceritalah, memang ramai… tapi, mengurat orang lain lah hehe
Dan sayapun, mula melayari sharizalgroup…saban hari, saya lawatinya sebagai tetamu. Tak pernah terlintas di hati nak jadi ahli!! Sebabnya, saya malas nak daftarkan nama saya dan sebagainya. In fact, I didn’t feel I belong. Leceh lah kena daftar2 ni. Nak jadi anonymous saja. Tapi, lama-kelamaan, rasa terpanggil untuk menjadi ahli… sebabnya, saya dah bosan membaca artikel sahaja…and tak boleh masuk ke sidang (restricted area only for the pentadbir…cist) Dah lama bersembang di SS, barulah saya mendaftarkan diri… bila daftar, rasa macam memberi sebahagian dari diri kepada orang asing. Terpaksalahkan, you win some, you lose some.
Dan banyak lah artikel-artikel yang saya baca sebelum mendaftarkan diri. Sebab, sebagai tetamu, (guest user) hanya artikel sahaja yg dapat di baca. Seronok juga mengenali seseorang melalui penulisannya. Macam-macam ada…macam-macam gaya ada. Macam-macam ragam ada. Cumanya, nama2 di SG tu saya tak kenal le sangat. Yelah, sayapun bukannya sahabat mereka pon… tak rapat dan tak tau/kenal. tetapi, ada juga nama2 yang saya ketemu di sembang sharizal dan Cikgunet… ada yg berkongsi cerita, ada yang peramah, terima kasih kepada mereka yang sudi berbual dengan saya.
Ada satu artikel yang saya selalu buka dan baca. Artikel tentang SG Gathering pada 310503. penulisnya ialah, siapa lagi… webmasternya lah! Wah menarik sungguh gaya cerita obey_one dan pengalaman mereka semua ber gathering di Kuala Selangor! Siapa obey_one ni ehh? Apsal dia macam glamer sgt di SG ni? Ada yang merajuk dengannya, ada yang memuji-mujinya melambung-lambung, ada yang hormat padanya, ada yang takut padanya, ada yang tak suka padanya, ada yang berkenan dengannya, ada yang digosipkan dengannya…hiii macam-macam! Dan sayapun menjadi sangat curious tentang siapakah yang dibalik nickname obey_one ini.
Dari ‘Satu hari itu…310503’ saya kenali pelbagai watak dan admin SG…. Dan dapat baca yang orang tu minat orang ni, orang tu suka dgn orang ini, orang ni malu dengan orang tu, orang ni mesra dengan orang tu….dari cerita dan respon yang diberikan oleh mereka yang menghadiri gathering bersejarah itu, nampak jelas bahawa mereka berkumpul dengan perasaan yang kuat untuk mengenali insan/sahabat maya yang ditemui di alam siber. Dan perasaan ukhuwah itu di bawa ke alam nyata, sehinggakan mencetuskan keakraban yang unik. Syabas! Tetapi, satulah yang saya nak komen tentang artikel itu dan SG…dan saya sebagai cikgu, berasa sangat geram sangat dengan obey_one yang saya gelar mr ob ini… spelling dia, mak datin!! Geram sangat sangat. Rasa nak betulkan. Tapi, dia ada editor yang sangat istimewa…. Dan satu lah yang saya sangat tak puas hati ketika itu. Artikel-artikel yang ditulis tidak ditapis atau diedit mengikut makna editing yang sebenar. Tapi, itulah satu-satu perkara yang membuatkan sharizalgroup dikenali dan disenangi oleh budding writers. Dan itulah juga satu keunikan obey_one yang membuatkan sebilangan orang senang padanya. Omputih kata apa, …’endearing’ gitu.
Banyak perkara melanda SG..banyak desas-desus yang saya dengar berkenaan mr ob.. ada yang memeranjatkan, dia dah kawin! tapi taknak mengaku! dia dah nak kawin! dah siap beli kelengkapan! tapi keluarga tak tau lagi! dia ada anak bini! …dia suka orang ni! dia suka orang tu! dia suka orang ni, tak suka orang tu! dia suka orang tu, tapi tak suka orang ni! ada yang berkata, dia penjual rasa, pembeli jiwa! dia membuang kawan! dia blacklist orang! dia tak beretika dlm mengendalikan website dan chatroom! dia berat sebelah, tak adil…dsb. Sok sek sok sek begitu berpanjangan dan berlarutan… sayapun ambil keputusan untuk menyiasat.
Dalam sembang sharizal, saya pernah bertanya sendiri kepada mr ob, tentang dirinya & terpenting, sama ada dia dah berkahwin. Jawapan yang saya terima selalunya jawapan main-main. Tak pe, saya sabarr. Memang benar, di sembang sharizal terkadang itu, mr ob berjenaka tentang dia dan ‘bininya’. Saya percaya ramai orang yang terpedaya dengan isu itu, kerana kelihatan seperti gossip itu benar kerana bualan di sembang sharizal seperti membenarkan apa yang riuh diperkatakan ‘orang’. Mungkin mereka berlakon.. tak taulah..
Jangan tak tau, di awalan saya menceburkan diri dalam sembang sharizal, saya selalu duduk diam-diam kerana tak berani tegur mr ob… kalau saya ada tegur pun dia buat derk saja. Tapi, dulu2 memanglah, awak tak jawab saya tegur2, malas saya nak tegur lagi. Jadi, banyak kali, semasa saya buat kerja, saya park nama…dan mr ob pun selalu ada duduk diam2 di sembangsharizal. Entah apa dia buat, sayapun tak tau. Lama-lama, saya taulah yang dia sibuk dengan kerja-kerjanya. Dan, lama-lama, sayapun berjaya juga berbual dengan mr ob….
Dan, dari perbualan saya dengan mr ob, saya dapati, apa yang riuh diperkatakan, disampaikan dari mulut ke mulut, dari handset ke handset, dari PM ke PM..dari sms ke sms..semuanya itu banyak yang tak boleh pakai. Banyak yang umpama tong kosong saja. Takde isi. Kalau adapun isi karat….hehheh
bohong 1. mr ob menjual rasa, membeli jiwa.
Ada orang menyebut bahawa mr ob menjual rasa, membeli jiwa. Sepanjang saya kenal mr ob, dia tak pernah menjual rasa kepada saya dan tak pernah pulak dia berbicara yang bukan2 untuk membeli jiwa. Mungkinlah, terkadang dia ada ‘flirt’ dengan female chatters, tapi, flirting rasanya perkara biasa. Tapi, tak pernah saya baca mr ob menyatakan ‘I love you’ atau rindu. Baik pada saya mahupun pada chatters lain secara serius. Haha! Mungkin sebab dia tak berperasaan begitu kepada saya. Tapi, ada sebilangan male chatters yg tersangat mudah menyatakan kerinduan dan ke’sayang’an kepada female chatters. Sangat mudah mereka memanggil ‘sayang’ ‘ayang’ ‘darling – laling’ dan entahlah, pelbagai lagi gelaran manja memikat hati mencairkan minda…sangat mudah mereka meluahkan perasaan yang dalam-dalam. Saya hairan juga dengan gelagat mereka ini. Jika berdepan, mahukah/mampukah mereka mengucapkan sebegitu? Atas dasar apa mereka menjual rasa membeli jiwa dengan mudah? Bagaimana boleh timbul isu mr ob menjual rasa membeli jiwa itu? Tak taulah saya nak menjawabnya, kerana pada saya, mr ob tak pernah menjual rasa apa2 kepada saya, dan sayapun tak pernah membeli apa2 jiwa dari mr ob
Bohong 2. mr ob berdendam dengan ramai orang…
Berikutan dari apa yang berlaku pada the black September 2003, ramai orang yang memperkatakan yang kurang manis tentang mr ob. Sayapun kurang arif tentang apa sebenarnya yang berlaku pada the black September tu kerana pada masa itu saya baru berjinak-jinak dengan SG. Semasa perang meletuspun saya tak tau apa2, hanya kawan chatter yang menyampaikan. Saya rasa sungguh berdukacita dengan apa yang berlaku. Dan saya siasat apa yang berlaku. Ada yang enggan bersuara, ada yang menokok tambah, ada yang sudi menjelaskan apa yang berlaku. Pada saya, semua yang berlaku mungkin kerana ada miscommunication. Di siber, anything can happen. Meanings can be misconstrued. Makna dan mesej boleh berubah, dan susah untuk disampaikan. Kerana itu, cara penyampaian dan kesediaan sipenerima mesej untuk memahami apa yg sedang diperbualkan menjadi sangat penting bilamana komunikasi dilakukan tidak secara berdepan seperti di sembang sharizal atau di sidang. Contohnyalahkan, saya. Ada beberapa org yang memaklumkan kepada saya bahawa cara saya chat, sangat kasar… bahasa saya pedas..saya garang… padahalnya, sebaliknya yang berlaku. Mungkin mereka tak pernah mendengar suara saya (ahemm!) mereka tak tau gaya dan cara saya bercakap.. mereka tak dengar nada saya berbicara… jadi, bagaimana boleh mereka menjatuhkan hukuman bahawa saya bercakap macam ‘marah’? itulah, kalau tak tau, jangan menuduh sembarangan… kalau tak tau, jangan buat-buat tahu..bertanyalah dengan berhemah dan bersopan.
Berbalik kepada isu berdendam..saya rasa mr ob bukan sebegitu orangnya. Yang berlaku adalah sebaliknya. Ramai hackers sangat dengki dengan SG dan telah banyak kali menggodam SG. Bukan saja hackers dari luar negeri, malah dari dalam negeripun ada yang dengki. Tak senang hati bila tengok orang lain senang. Walaupun ada segelintir orang yang tak sukakan mr ob, tetapi, dia tidak pula menghalang mereka dari melawati SG. Bila harddisk mr ob jahanam kerana rosak digodam atau diviruskan, orang semacam menuduh mr ob sengaja buat begitu. Nak tau, Orang yg paling sedih dan tak senang duduk dan tak tidur malam kerana harddisk dan database semua hilang adalah mr ob.
Kalaulah pembaca tahu betapa sayangnya mr ob kpd SG dan prihatinnya dia kepada pengguna (warga/ahli) SG,….. justeru, dia bersengkang mata bertungkus lumus membina semula SG yang baru sahaja di update beberapa hari sebelum harddisknya rosak, hanya supaya ahli & warga SG boleh melayari SG seperti sediakala. Saya masih ingat lagi ketika itu, mr ob baru mencuba chatroom menggunakan format baru (saya sangat suka kerana bila boring2, kita boleh lontar dadu and dapatkan yang terbanyak!)..rasanya namanya spschat… baru je update dan tukar warna SG, tetiba saje harddisk rosak. Kalau sayalah, mau saya frust gegile, melayan perasaan sebulan dua, buat donno aje sebab gerammm!!!! – penat2 betulkan, rosaklah pulak. Tapi, mr ob? Dia berkorban masa, wang ringgit dan tenaga untuk membangunkan semula SG.
Cukuplah. Setakat ini sahajalah cerita ceriti tentang dia yang saya kenal. Mungkin saya & mr ob tidak serapat mr ob dengan orang-orang lain yang lebih dahulu mengenalinya…. Bermula di web komuniti sharizal di MSN..seterusnya di SG lama..dan sehingga kini di sharizal.com. err..anda perasan tak, SG dah bertukar nama ke sharizal.com?
Pada sayalah kan, status mr ob, sukahati dialah dia nak berstatus yg macam mana. Kenapa perlu ganggu personal life seseorang? Memanglah dia webmaster yang di’sayangi’.. memanglah website yang dibangunkannya ‘berhantu’… tapi, apa yang dia lakukan di alam nyata, mengapa perlu diintai-intai, dikorek-korek, digosip-gosip? Dan ingatlah pesan Nabi SAW tentang hebatnya fitnah diakhir zaman, Cerita yg tak diketahui benar atau tidak dan yang ditokok tambah. Jadi, waspadalah.. Siasatlah, sebaik-baiknya dari yang empunya diri. Bertanyalah pada yang tahu. Siasatlah dahulu sebelum menyampaikan. Perkara-perkara personal seseorang individu yang tak mahu ianya dikongsi, hormatilah dan janganlah digali-gali. Di manakah rasa hormat kita kepada orang lain, andaikan hal-hal terlalu peribadipun nak dikorek dan disebarkan. Itu niat jahat namanya. Busuk hati.
Ini ditulis bukanlah puji-pujian tinggi melangit untuk mr ob. Diapun ada kelemahannya juga. Biasalahkan, manusia kan tiada yang sempurna? Saya rasa, dari yang saya kenal tentang mr ob, yang lebih ada padanya dan yang kurang pun ada juga. Mungkin pada suatu ketika, mr ob ada main-main dlm menjawab soalan2 chatters lain tetapi dianggap benar, sahih dan betul oleh chatters tersebut dan orang lain. Dan mungkin juga ada pihak yang mengambil kesempatan dari kata2 penuh main2 itu. Cuma, bila ada orang memperkatakan yang palsu, saya rasa, saya perlu perbetulkan kata-kata bernada bohong itu.
ps/- Pernah disiarkan didalam laman web www.sharizal.com
* Untuk makluman Penulis artikel ini telah pun meninggal dunia - Al Fatihah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment