Thursday, 20 November 2014
Lahirnya Malaysia Peugeot Network
Alhamdullilah…
Inilah perkataan yang mula keluar dari mulut dan juga hati aku…bila aku menerima panggilan dari seseorang pada jam 9.00 pagi 170304. Satu perkabaran yang memang dinanti dan di tunggu akan kehadirannya, satu panggilan yang akan melenyapkan ke egoan sesaorang yang selama ini menganggap kami sebagai kumpulan serpihan dan kumpulan yang gila kuasa.
Bukan aku sahaja, mungkin kawan kawan aku juga akan berperasaan sedemikian bilamana segala usaha gigih,kesabaran, keiklasan kami telah menampakkan hasil kejayaan…
” Assalamualaikum Ob ..buat apa ..
” sapaan dari dalam hand phone aku dan aku tahu panggilan ini dari siapa kerana tertera no talipon nya
“sedang sarapan balas ku”
“ohh sedang sarapan.. ok.. Ob nih nak maklumkan yang pendaftaran kita telah diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan, tetapi buat masa ini jangan buat apa apa pengumuman sahingga aku maklumkan selanjutnya, kejap lagi aku nak pergi ambil surat kelulusan tu kalau ko free bolehlah join sekali ”
woww…menegak bulu roma aku diketika itu…bila dimaklumkan kelulusan pendaftaan tu, dan orang yang menalipon aku itu tidak lain dan tidak bukan dan boleh lah di panggil jawatannnya yang selama ini disembunyikan ia itu President of Malaysia Peugeot Network (Presiden Kelab Pemilik Dan Peminat Kereta PEUGEOT Malaysia) Saudara Azlan Dahari @ Azdar dan dengan kelulusan ini bermakna Malaysia Peugeot Network MyPeugeot.net) adalah satu satu nya kelab peugeot yang pertama dan berdaftar di Malaysia dan diharap dengan kelulusan ini tidak akan ada lagi mereka mereka yang merasa atau mengelarkan diri mereka itu yang pertama.
Menyingkap kembali kelahiran dan dari mana kami bemula,disini ingin saya menceritakan dari mana kami bermula.
Mypeugeot.net bermula dari keazaman kami untuk menyatukan semua pemilik kereta peugeot didalam satu kelab yang sah berdaftar. Alhamdulilah usaha kami itu telah menampakkan hasilnya.
Adalah benar kami bermula dari Peugeot Club Malaysia dan kami adalah ahli jawatan kuasa terawal di dalam kelab tersebut dan masing masing mempunyai peranan didalamnya dan akhirnya setelah berlaku ketidak fahamannya didalam hal hal pengurusan kelab maka kami telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab lama kami, belbagai tuduhan yang telah dilemparkan pada kami…saperti “Gila Kuasa” “tak sedar diri” “menikam dari belakang” ada juga yang mengatakan “kalau tak setuju bawak lah berbingcang bukan keluar dari kelab..” kesemua nya kami terima dengan hati yang tebuka kerana kami tahu siapa yang benar dan siapa yang tidak…bila datang nya yang “Haq” makan akan hilang lah yang “Batil”
Kumpulan kami pernah mengadakan sesi perbingcangan ( tidak kah ini di panggil berbincang) apa yang dipanggil “Brain Stroming” yang mana majlis itu diadakan bagi kami menyatakan apa yang tidak kena terhadap pengurusan kelab, pada ketika itu di panggil “Pro Team” dan dipengerusikan oleh saudara Rozman @ Amman, majlis ini telah dihadiri oleh semua yang terlibat “Abg K, Aggmuqry, TajaGoGo, wa’maddy, Azdar, Rubel, Rozman,DinMi16 dan saya sendiri kecuali “paramjit”, didalam majlis ini telah kami luah kan perasaan tidak puas hati kami dengan harapan kepingcangan pengurusan dapat di perbaiki, dan saya yakin jika terdapat perubahan pada sikap “ketua” pada masa itu Mypeugeot,net tidak akan ujud, setelah minggu berlalu tiada perubahan juga,maka kami berlapan telah buat ketetapan untuk memulaukan “majlis pertemuan keluarga” “Cerating Family Gathering” tetapi atas perbingcangan sesama kami dan terfikir oleh ramai ahli yang telah pun membuat bayaran maka niat kami kami tangguhkan dahulu sahingga “gathering cerating” ini selesai, dan semasa gathering cerating ini juga kami menerima belbagai cemuhan dari “ketua” ketika itu dan disampaikan kepada kami oleh mereka yang simpati dengan kami, kami buat bersungguh sungguh untuk menjayakan majlis ini sahingga selesai walaupun hati kami sakit diketika itu..(mungkin ramai yang masih ingat akan lagu yang kami dendangkan malam itu “My way” sesungguhnya kami telah laksanakan tugas kami dengan cara kami ) alhamdullilah semuanya berjalan lancar sahinggalah semua peserta selamat sampai kembali ke KL walau pun didalam perjalan balik ke KL banyak perkara yang tidak patut berlaku telah pun berlaku dengan tidak disangka,
(hanya mereka yang pergi ke gathering cerating tahu cerita ini)
Oleh kerana janji kami untuk selesaikan tugas ini dengan cemerlang telah pun terlaksana maka kami berlapan telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari PCM pada 010903 dan tugas pertama saya adalah membina sebuah laman web ‘web site’ dan seterusnya mendaftarkan laman web ini dengan persetujuan dari semua rakan ahli, maka pada 01sept.2003 lahir lah laman web www.mypeugeot.net. Disinilah bermulanya azam dan tekad kami untuk menyatukan semula pemilik kereta peugeot di malaysia ini. Dengan mengenepikan kesusahan dan kepayahan diri dan keluarga.
Bermula lah era baru didalam kelab pemotoran peugeot. Dari keahlian seramai 8 orang (boleh dikatakan pengasas penubuhan Mypeugeot.net semua keputusan akan kami buat secara keputusan ramai dan tidak ada kuasa veto disini) kami menerima banyak permohonan untuk menyertai kami dah bertambah dari sehari ke sehari dan begitu juga dengan setiap aktiviti kami sentiasa mendapat sambutan.
Disini saya akan memperkenalkan mereka mereka yang telah meletakkan kelab mypeugeot network itu kehadapan dengan sepenuh jiwa dan raga, Yang mana mereka ini juga yang akan menerajui Kelab Peugeot Malaysia ini untuk tempuh 3 tahun akan datang bermula dari tahun 01 April 2004 sahingga 01 April 2007.
Presiden :
Saudara Azlan Dahari @ Azdar
(Bekas Pengerusi Cerating Gathering dan juga bekas Naib Presiden bagi PCM, seorang yang bertanggungjawab,berpendirian, sentiasa menerima pandangan dari rakan ahli sentiasa berusaha kearah memajukan kelab dengan idea idea yang bernas)
Naib Presiden : ( buat masa ini tidak ada lagi jawatan Timbalan Presiden)
Saudara Rozman @ Amman
(Bekas Pengerusi Aktiviti dan dekas Ahli jawatankuasa Gathering Cerating PCM, sekarang masih lagi memegang portfolio yang sama ia itu Pengurus aktiviti kelab untuk mypeugeot.net, seorang yang banyak idea untuk di utarakan bagi kemajuan kelab)
Setiausaha Agong:
Saudara Tajaharis @ Tajagogo
(Bekas Penolong setiausaha dan bekas ahli jawatankuasa Cerating Gathering PCM, dan kini beliau memengang jawatan sebagai setiausaha agong bagi Mypeugeot.net, hasil usaha beliau tidak boleh dinafikan didalam kemajuan Mypeugeot.net pada hari ini. )
Penolong Setiausaha Agong:
Saudara Azizi Muqry @ Aggmuqry
(Bekas Setiausaha Agong dan bekas ahli jawatankuasa Cerating Gathering PCM, sesaorang yang sentiasa memberi sumbangan tenaga dan idea didalam menjalankan aktiviti aktiviti untuk kelab Mypeugeot.net.)
Bendahari Agong:
Saudara Megat @ Yup_Pug
(Ahli biasa didalam PCM,Mula dikesan bakat kepinpinannya semasa aktiviti Gathering Cerating PCM,seorang yang boleh dipercayai, telus didalam menjalankan tugas yang diamanahkan.)
Jawatankuasa Teknikal:(Pemotoran)
Saudara Rubel Aswadi @ rubel
( Bekas Ahli Jawatankuasa PCM dan juga Bekas Ketua Konvoi Gathering Cerating, seorang yang banyak ilmu permotoran yang boleh di kongsi bersama untuk memantapkan aktiviti Mypeugeot.net)
Jawatankuasa Teknikal: (Pemotoran)
Saudara Aswadi @ wa’mady
(Bekas ahli jawatankuasa kecil Gathering Cerating PCM, Seorang yang rajin membantu didalam kerja kerja pemotoran dan sentiasa memberi kerjasama didalam memajukan Mypeugeot.net)
Jawatankuasa Teknikal: (Pemotoran dan Alat Ganti)
Saudara Shamsudin @ Din Mi_16
( Bekas ahli jawatankuasa teknikal didalam PCM dan juga bekas ahli jawatankuasa Gathering Cerating, Seorang yang dikatakan rengan tulang didalam membantu rakan ahli yang berada didalam kesusahan berhubung dengan mendapatkan alat ganti kereta peugeot. dan sekarang dia di pertanggung jawabjkan untuk mendapat senarai harga bagi setiap alat ganti peugeot, sama ada baru atau pun terpakai demi untuk kemudahan untuk sekelian ahli di Mypeugeot.net)
Jawatankuasa : (Imej Dan Promosi)
Saudara Zanuddin @ Ob
(Bekas Ahli jawatankuasa PCM dan jawatankuasa Gathering Cerating dengan portfolio yang sama,ditugaskan untuk mengwar warkan segala aktiviti aktiviti yang sedang dan akan diadakan juga bertindak sebagai Web Master/ Administrator untuk www.mypeugeot.net sentiasa memberi komitmen penuh terhadap Mypeugeot.net)
Ini lah serba sedikit latar belakang ahli ahli jawatankuasa yang akan menerajui Malaysia Peugeot Network, semoga usaha anda sekelian dirahmati dan diberkati Allah.
Dan akhirnya sekali lagi saya ingin mengucapkan Syabas dan tahniah kepada semua mereka mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sahingga pendaftaran Malaysia Peugeot Network menjadi kenyataan.
Syabas!!! MALAYSIA PEUGEOT NETWORK
ps/- Tulisan ini telah disiarkan di laman web www.mypeugeot,net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment