SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Thursday, 20 November 2014

GELORA



Assalamualaikum.

Akibat bencana sosial, aktiviti tidak bermoral atau gaya hidup tidak berintegriti yang melibatkan wanita dan remaja telah mengundang masalah sosial yang teramat perlu di kawal khususnya kepada gulungan yang mengalami permasalahan diri serta memerlukan khidmat sokongan seterusnya mendidik mereka kearah menjadi modal insan negara.

Gaya hidup dan amalan seksual tidak bermoral sehingga terjadinya hamil luar nikah seakan menjadi budaya yang dihalalkan saperti mana terjadinya pada bekas Ahli majlis Negeri Perak yang menyamakan sedekah zina itu sama dengan sedekah yang dihalalkan dalam Islam. Mereka mereka yang terlibat dengan bencana sosial ini akan mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah yang mengaibkan itu saperti menggugurkan kandungan atau meninggalkan dan membuang bayi itu dimana-mana. Akhirnya kejadian yang menyayat hati semua pihak berlaku dengan penemuan bayi atau mayat bayi di tandas, sungai, masjid, tempat pembuangan sampah dan sebagainya.

Hanya segelintir daripada mangsa yang terlibat, sama ada mangsa jenayah seksual, pergaulan tidak bermoral atau dipedaya oleh teman lelaki yang berkesanggupan membawa masalah mereka kepada pihak-pihak yang berkenaan sedangkan ramai diantara mereka masih keliru dan mengambil jalan penyelesaian yang berisiko kerana takut untuk berurusan dengan badan-badan yang boleh membantu mereka sama ada JKM, Jabatan Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Pihak Polis, Jabatan Agama mahupun Hospital Kerajaan atau NGO yang bertanggungjawab dengan isu seperti ini.

Disini aku siarkan sedutan alkisah mereka mereka yang telah terlanjur dengan perbuatan mereka angkara bencana sosial yang mereka sendiri cari.

Seorang gadis tidak menyangka tabiat buruk suka menonton klip video lucah ketika berada di sekolah berasrama akhirnya mengubah hidupnya menjadi seorang gadis liar serta ketagih melakukan hubungan seks dengan teman lelaki yang baru beberapa minggu dikenalinya.

Gadis itu yang dikenali sebagai Ida, 16, berkata dia terdorong melihat bahan lucah berkenaan selepas terpengaruh dengan ajakan rakan sekelas apabila kerap bertukar klip video lucah melalui telefon bimbit antara mereka.

Sejak itu, dia mula ketagih ‘menikmati’ bahan porno berkenaan dan sanggup menghabiskan duit untuk memuat turun pelbagai klip video lucah terbabit daripada laman web porno atau membelinya daripada kedai tertentu yang menjual bahan terlarang itu demi memuaskan nafsu sendiri.

“Saya sanggup buat apa saja asalkan dapat menonton klip video lucah yang dimuat turun dalam telefon bimbit. Selain itu, tiada masalah untuk mendapatkannya kerana ramai kawan mempunyai ‘stok’ klip video yang terbaru dan pelbagai,” katanya.

Tidak lama selepas itu, kata Ida, dia diperkenalkan seorang rakan dengan pemuda berusia awal 20-an yang dikenali sebagai Jeff.

“Kali pertama berjumpa Jeff, kami keluar beramai-ramai bersama rakan dan selepas itu kami berdua saja dan dia mengajak saya ke air terjun berdekatan rumahnya.

“Di sana bermulalah adegan ‘ringan-ringan’ sehingga kami hanyut dan akhirnya terlanjur,” katanya.

Menurut Ida, menyedari dirinya hamil dua bulan selepas kejadian itu, dia memaklumkan kepada Jeff, tetapi teman lelakinya itu menyuruhnya menggugurkan kandungan.

“Ketika kandungan mencecah tiga bulan, kami ke klinik menjalani proses pengguguran, namun mungkin ini balasan Tuhan terhadap saya, proses pengguguran itu gagal,” katanya.

Menjelang Aidilfitri tahun ini, Ida berkata hatinya sayu tidak dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga sedangkan sebelum ini tidak pernah berjauhan daripada mereka terutama pada bulan mulia ini.

Dia dimasukkan ke Kem Modal Insan oleh ayahnya seminggu sebelum umat Islam menyambut Ramadan, 1 September lalu selepas rahsia dia mengandung anak tidak sah taraf, terbongkar.

Seorang lagi mangsa, Iliana, 20, juga mengalami nasib hampir sama menyambut Aidilfitri berjauhan daripada keluarga adalah pengalaman pertama dalam hidupnya.

Berasal dari Kuala Lumpur, dia kini hamil lapan bulan selepas beberapa kali ditiduri teman lelakinya yang dikenali melalui laman web sembang terkenal.

Dia yang baru saja menamatkan pengajian di kolej swasta di ibu kota, dihantar ayahnya ke pusat berkenaan supaya insaf dan tidak mengulangi kesilapan itu.

Jika ibu atau saudaranya bertanya, ayahnya hanya menjawab Iliana dihantar ke satu tempat untuk menjalani rawatan kerana terkena buatan orang, namun selepas hampir dua bulan tinggal di Kewaja, dia tidak tahu alasan apa diguna ayah untuk memberitahu ibunya.

“Semuanya bermula pada malam menyambut hari merdeka tahun lalu. Ketika itu kami keluar berkonvoi beramai-ramai ke Dataran Merdeka dan pada masa itu kami mabuk dan akhirnya terlanjur di rumah teman lelaki saya,” katanya.

Selepas mendapat tahu dia hamil, teman lelaki menyuruhnya menggugurkan kandungan, tapi dia membantah kerana tidak mahu menambah dosa.

Iliana berkata, dia kini benar-benar insaf dan berazam tidak mengulangi kesilapan sama pada masa depan dan berharap keluarga dan masyarakat dapat menerimanya semula,” katanya.

Semoga paparan ini memberi pengajaran kepada kehidupan kita bersama sama orang orang yang berhampiran dengan diri kita.

*oleh Obey_one pada October 6, 2008.

Share this article :

0 komen: