SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Sunday 23 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 4)- Kau Bukan Lagi hamba Yang Merdeka


Malam yang dingin aku rasakan terlalu panjang dari kebiasaan dan tidak saperti hari hari biasa dari dalam bilik atau block penjara ini, aku cuba juga melelapkan mata, rayu ku pada mata, tidurlah wahai mata, aku sudah mula keletihan kerana kurang tidur, Bukan aku tak mahu tidur tetapi mata ini tidak boleh lelap dan keadaan persekitaran juga kemungkinan punca aku sukar melelapkan mata.

"Barang Siapa yang tidak meredhai qadha-KU dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain selain dari pada-Ku" -  (HR.Thabrani).

Akhirnya aku berjaya melelapkan mata mungkin sekitar jam 11 malam, jika di luar waktu ini otak aku masih aktif jika tidak di warong kemungkinan dihadapan komputer. Tapi cuma seketika sahaja bila aku terjaga semula pada jam 2 pagi apabila di ganggu oleh bunyi tapak kasut pegawai peronda atau warden penjara yang menjalankan rondaan, ganguan ini menyebabkan aku bingkas bangun untuk beruduk dan seterusnya mengerjakan solat di pertengahan 1/3 malam, maka bertahajudlah aku kesaorangan hanya bertemankan Allah Hu Rabbi.


Bersambung...

Tulisan selanjutnya sila dapatkan naskah buku 'Dari Makkah Ke Penjara Kajang'

"....dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf : 12)

Makanan Tengahari Jemaah di Makkah



Share this article :

6 komen:

Jawa Bernam said...

Pengalaman bang...bersabarlah...proud of you...

Obey-One said...

oh..terima kasih Bro...

seruling senja said...

Salam bro ... satu perspektif yg menarik. Persinggahan yg ditakdirkan. Lu lebih maklum apa citer yg nk disampaikan pada lu..

Obey-One said...

Ya.. Allah yang punya perancangan...

Cikokui said...

apa yg saya lihat, tuan dipinjamkan di sana untuk menjadi imam kepad penghuni di sana. perancangan Allah kadang2 sukar untuk kita nampak dgn mata kasar. Mungkin dengan kehadiran tuan di sana walaupun seketika, dapat mengubah kehidupan mereka di sana keseluruhannya.

Obey-One said...

InsyaAllah semoga mereka menerima kenaikkanNya