SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Monday 24 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 5)- Kerajaan BN Gagal Tangani Isu Dadah Remaja


Sebaik selepas subuh dan bersurai dari perbarisan 'Master' aku akan menikmati sarapan dan kali ini tidak lagi aku menyendiri tetapi di temani oleh beberapa orang banduan yang turut tertarik dengan bagaimana kisah aku di sumbatkan di penjara ini, aku mendapat tahu mereka ini menerima maklumat dari pegawai penjara yang mereka lebih lama kenal sebab mereka sudah lama berada di penjara ini.

Yang rajin berbual dengan aku adalah 'Pak Nan' banduan yang menjalani hukuman 8 tahun kerana di tuduh merogol ( walaupun dia menafikan, waulah hu Alam) dan memasuki fasa fasa akhir dan akan di bebaskan ( lebih kurang tiga bulan selepas aku dijangka keluar maka Pak Nan mengakhiri hukumannya), bercerita dengan Pak Nan sedikit sebanyak membuat aku ketawa dan senang hati dan beliau yang banyak mengajar aku selok belok dan mengenali perangai banduan, dan beliau juga menasihatkan agar berhati hati dengan banduan yang terlibat dengan hukuman dadah, " Mereka ini tak boleh pakai, kalau bercakap lembut gigi dari lidah" pesan Pak Nan.

Ya nasihat itu telah lama aku tahu dan semasa hidup aku di luar juga penagih dadah tidak pernah mendapat simpati dari aku, silap hemat mau patah riuk aku kerjakan. Memang aku anti dengan dadah.


Bersambung...

Tulisan selanjutnya sila dapatkan naskah buku 'Dari Makkah Ke Penjara Kajang'

"Ya Allah, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah pekerjaanku dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.  Adakalanya Aku juga tergelincir dari laluan yang lurus, terpedaya dengan godaan dunia, namun Aku berharap agar sentiasa diberi ruang dan peluang untuk kembali kepada siratal mustaqim. Aku berharap Rahmat kasihNYA sentiasa bersamaku...."



Bekalan makan malam...ketika di MAKKAH

Share this article :

0 komen: