SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Thursday 18 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 17) - Hari Hari Akhir Di Penjara.

No comments:
Begitulah serba sedikit yang di ceritakan pada aku berhubung aktiviti penyeludupan yang berlaku di dalam penjara, bukan sahaja di pintu sempadan negara, di pintu sebalik tembok yang sepatutnya dijadikan tempat tauladan juga berlaku penyeludupan bahan terlarang.  Maklumat berhubung dengan penyeludupan melalui cara memasukkan sesuatu didalam dubur sebenarnya biasa dilakukan oleh kaldai dadah yang di upah untuk membawa masuk dadah ke negara ini dari timur tengah, mungkin kita biasa membacanya di dada akhbar tempatan.

Pada waktu ini setahun yang lalu aku telah pun di bebaskan, seminggu sebelum di bebaskan aku telah dimaklumkan bahawa aku sudah boleh memohon untuk mengambil pakaian aku (yang di pakai ketika aku di jatuhkan hukuman) untuk di cuci, tetapi aku buat tak kisah dan membiarkan perkara itu buat sementara.

Minggu minggu terakhir ini, aku banyak menghabiskan masa berbual dengan semua banduan yang sering menjengah aku di blog, adakalanya aku menyanyi didalam hati sahaja bukan kerana aku gembira akan di bebaskan tetapi sengaja aku menghiburkan hati aku yang sunyi,...

Sunday 14 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 16) - Harapkan Pegar, Pegar Memakan Padi.

No comments:

Tidak aku ketahui mengapa ramai banduan penjara tidak begitu mesra dengan kerajaan, sedangkan kebajikan mereka ketika di penjara begitu di titik beratkan sehingga masalah kesihatan mereka juga terjaga dan terjamin kecuali jika mereka yang merosakan diri mereka sendiri, jika itu berlaku, takkan kerajaan yang hendak disalahkan.

Walaupun tidak seberapa 'layanan' yang diberikan, tetapi pada aku bersyukurlah, dan sedarlah diri bahawa kita ini banduan dan layanan apa yang diperlukan, tak kan nak berikan layanan kelas pertama. Begitu juga jika banduan berada di dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu memuaskan, pihak kerajaan ia ini pihak penjara ada menyediakan hospital dalaman untuk rawatan segera dan jika terlalu serius maka banduan akan dibawa ke hospital berhampiran, jika di penjara Kajang ini maka hospital Kajang menjadi tumpuan.

Wednesday 10 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 15) - Satukan Melayu Kerja Bodoh.

No comments:
Aku menerima hakikat bahawa aktiviti yang aku terlibat ini adalah terlalu banyak risikonya, cuma sama ada seseorang itu bernasib baik atau sebaliknya tidaklah mereka ketahui secara nyata, kesemuanya telah di tentukan. Tetapi bila berpegang pada kata kata ' Jika takutkan ombak usah duduk di tepi pantai' atau ' Jika takutkan dugaan usah bercakap soal perjuangan, kerana perjuangan pasti datang dengan dugaannya' Wallah Hu'alam, Mungkin itu sebuah kata kata semangat sahaja dan tidak semestinya benar.

Suka atau tidak aku kini sudah pun berada di dalam perut penjara Kajang, kerana menyatakan sesuatu yang aku rasa tidak kena bukan sahaja pada fikiran aku malah setiap manusia berakal akan sependapat dengan aku, malah jika di kampong bercakap soal seperti apa yang aku tulis adalah biasa dan tidak dikenakan tindakkan tetapi oleh kerana aku terlibat dengan dendam politik akhirnya perkara 'sembang kedai kopi' menjadi satu kesalahan besar buat seorang penulis politik seperti aku.

Sunday 7 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 14) - Gajah Berkelahi Kancil Yang Mati.

No comments:
Begitulah kehidupan di penjara, setiap banduan baru akan menjadi perhatian apa tah lagi jika mereka yang di tahan itu ada lah tahanan yang berstatus 'selebriti' maksudnya disini bukan tahanan dalam kategori penjenayah sebenar, apa tah lagi jika banduan tersebut di kategorikan sebagai tahanan bangsawan atau tahanan politik.
    
Selain 'Iskandar', ada juga banduan muda yang mengunjungi aku di blok, seorang lagi banduan ialah 'Ah Kong'. Banduan yang baru di pindahkan dari penjara Bentung, Pahang. Kehadiran 'Ah Kong' tidak lah seperti kehadiran banduan bangsawan atau banduan selebriti. Kehadiran 'Ah Kong' di penjara Kajang sama seperti banduan lain.

Kesalahan yang di lakukannya adalah membunuh tanpa niat kekasih nya. 'Ah Kong' di kira banduan baru di penjara Kajang kerana dia baru sahaja di pindahkan dari Penjara Bentung, Pahang dan pemindahannya ada lah atas kehendaknya sendiri dan sebab musabab mengapa 'Ah Kong' memilih penjara Kajang tidaklah boleh aku tuliskan disini kerana melibatkan integriti Jabatan Penjara dan seperti aku tulis terdahulu, aku boleh mendengar cakap mereka tetapi belum tentu aku terima bulat bulat.  Seperti kenyataan seorang banduan 'warga asing' yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia meminjam duitnya sebanyak 500 Juta US Dollar.

Thursday 4 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 13) - Tanpa Niat

No comments:
Kini sudah hampir dua minggu aku berada didalam penjara dan selama itu aku telah berkenalan dengan pelbagai rupa bentuk manusia yang di luar sana telah melakukan kesilapan dan kesalahan yang mana mereka kini sedang menerima habuan akibat kesalahan yang mereka lakukan, Aku berdepan dengan penjenayah yang terlibat dengan kes samun, membunuh, merogol dan yang paling ramai adalah penagih dadah yang 'mencuri' bukan kerana untuk makan pakai tetapi untuk membeli dadah.

Jika di Makkah aku berdepan dan berkawan dengan mereka yang 'baik baik', yang sentiasa memuji Allah, yang sentiasa memohon taubat kepada Allah terhadap kesalahan mereka yang lalu diwajah mereka kelihatan kejernih dan kegembiraan.

Di penjara wajah wajah mereka tidak mengambarkan mereka sedang bergembira walaupun mereka terseyum, hidup didalam dunia terkurung manakan datangnya gembira, kecuali mereka yang tiada apa lagi di dunia luar sana, tiada keluarga, tiada kehidupan yang ada hanya rakan rakan yang senasib dengan mereka sahaja, kebanyakkannya adalah penagih dadah. Di penjara selain mendapat tempat tidur , makan dan minum mereka juga di bekalkan dengan ubat anti..

Tuesday 2 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 12) - Toksid

No comments:
Begitulah coretan kisah yang agak seram yang aku alami ketika di tahan di penjara Kajang, Sahinggakan pernah suatu ketika aku sendiri merasa agak takut dengan apa yang aku dengar kejadian kejadian didalam blok, aku juga manusia ada kalanya perasaan sebegini datang juga bila aku bersendirian, Adakala ketika mengambil uduk (air sembahyang) biasanya jam 3 pagi keseraman tetap aku rasakan, tapi lantaklah jika ada aku berdepan jika tidak Alhamdullilah, kita sama sama mahluk Allah pakat dok sorang sikit.

Sudah hampir 2 minggu aku berada didalam tahanan penjara Kajang menjalani hukuman yang di kenakan keatas aku atas kesalahan menegur hukuman yang di berikan kepada satu kes yang melibatkan ahli politik. Aku sudah boleh menyesuaikan diri dan sudah boleh berbual dengan banduan lain tetapi masih menerima pengawasan dari Pak Nan yang lebih memahami selok belok di dalam penjara dan ramai penghuni mengenali Pak Nan.

Monday 1 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 11) - Kisah Misteri dan Penjara

No comments:
Ramai rupanya yang berminat dengan cerita kucing hitam dan kisah Mona Fendi yang di siarkan semalam. Bukan tujuan aku untuk mengaibkan aruah, atau mengada adakan cerita, tidak juga aku suruh mempercayai perkara karut, tetapi apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang di ceritakan kepada aku semasa aku di tahan di penjara Kajang. Perkara yang nyata kita kena terima hakikat bahawa aruah mati kerana di hukum gantung dan segala persepsi negatif adalah berdasarkan apa yang aruah Mona Fendi lakukan semasa hayatnya, jangan menilai mengikut hukum hakam. 

Jika tidak kerana aku merasa takut dan seram sejuk semasa menulis (waktu aku menulis adalah di sekitar jam 2 pagi hingga 4 pagi, kerana diwaktu ini aku sering bertahajud ketika di penjara, sekadar untuk mendapatkan 'fill' sama sewaktu dipenjara), mahu sahaja aku teruskan penceritaan berhubung dengan blok tahanan akhir banduan yang pernah menempatkan Mona Fendi dan Juraimi pembantunya. Begitu juga dengan kisah se ekor kucing yang selalu berkeliaran di kawasan blog tersebut. Kucing tersebut turut hilang dari pandangan dan tidak lagi berkeliaran bila selesai sahaja jenazah aruah Mona Fendi di kebumikan. Soal benar atau tidak inilah yang di ceritakan oleh mereka yang telah tinggal di penjara lebih lama dari aku (InsyaAllah akan aku masukkan kisah suara jerit pekik dari blok tahanan akhir di dalam penulisan untuk buku nanti ).

Sunday 30 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 10) - Bilik Akhir Dan Kisah Kucing Hitam

No comments:
Itu kisah penjawat awam yang terlibat dengan kesalahan jenayah rasuah, satu kesalahan yang aku kira menghilangkan rasa hurmat kepada pemegang jawatan tersebut walaupun sebelum ini ia dikenali atau di hurmati, kecuali jika ketika ia di tahan dia bukanlah sesiapa di sisi masyarakat bak kata orang 'no body', tetapi selepas menjalani hukuman dan kemudian di bebaskan, berhijrah ketempat lain, serta menjalani kehidupan saperti biasa tidak mengulangi kesilapan lalu, perbaiki diri sendiri, insyaAllah masyarakat akan menerima semula, Ramai banduan di luar sana akhirnya di terima oleh masyarakat semula setelah dirinya benar benar berubah.

Tetapi bagi yang pernah berjawatan kesukaran tetap ada, apa tah lagi jika sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang sudah besar, sudah pasti anak anak dan isteri akan mengalami tekanan hidup dan cemuhan masyarakat keliling, dan cemuhan itu berbeza beza diantara kehidupan di bandar, kampong atau kawasan pendudukkan setinggan.

'Assalamualaikum Bang'  Aku rasakan ada teguran se saorang di hadapan ku, tetapi aku tidak pedulikan cuma aku menjawab didalam hati sahaja, kerana aku sedang membaca ketika itu, Kemudiannya orang yang memberi salam itu telah pun berdiri dihadapan ku dan memberi salam sekali lagi, setelah aku pasti salam itu diberikan kepada aku dan aku jelas mendengarnya maka aku memberi jawapan salam kepada orang yang sedang berdiri tersebut.

Friday 28 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 9) - Penyeludupan Jenayah Dirancang

No comments:
Gula adalah menjadi salah satu bahan kawalan di penjara ini, jadi jangan hairan jika sarapan pagi banduan di penjara Kajang ini, air minuman untuk sarapan pagi yang di bekal baik teh atau kopi kebiasaannya adalah tawar, sekadar dibekalkan satu sudu sahaja gula bagi setiap seorang banduan atau satu sudu bagi setiap se 'koley', siapa tahu koley kira senang cerita yang tak tahu tu tanya lah mereka yang tahu.

Alasannya adalah untuk mengelakkan banduan dari terkena kencing manis, tetapi yang hairannya boleh pula gula terjual di dalam kedai koperasi penjara dan tiada pula larangan untuk membelinya dan harga bagi setiap kilo gula adalah RM 5.00 hampir 100% kenaikkan harganya dari harga di kedai luar penjara (KPDNKK tak mahu ke siasat perkara ini?), mungkin sebab ianya adalah barang kawalan di penjara maka sebab itu harganya ada mahal banyak (biasa orang sebut mahal sedikit).

Mengingat kembali cerita gula ini sama sahaja ketika aku di Makkah ketika musim haji, memang semua jemaah di bekalkan dengan gula untuk jemaah membuat air sendiri yang di bungkus didalam bentuk paket panjang. Oleh kerana (mungkin) sukatan yang di berikan adalah setiap peket untuk sekali minum atau satu cawan maka keraplah kami terputus bekalan kerana ada diantara kami yang mengunakan 2 atau 3 peket untuk sekali minum (sukatan cawan atau mug yang besar).

Thursday 27 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 8) - Ramlee Yang Popular Di Penjara

No comments:
Kini aku sudah boleh menghadapi kenyataan bahawa aku kini seorang banduan, walaupun pada sebelah malam aku masih sukar untuk melelapkan mata dan oleh itu aku mengambil keputusan sering mengerjakan solat malam selain berzikir adakala aku terlelap sendiri, ada seketika berlaku juga kecemasan bila mana mata ku tidak mampu di bukan dan terpaksa mengunakan jari untuk memisahkan kelopak mata atas dan bawah yang di penuhi taik mata mungkin akibat air mata tangisan sebelum terlelap.

Walaupun begitu aku masih kurang berbual dengan banduan lain tetapi lebih banyak membuat aktiviti sendiri dan salah satunya adalah membaca, sudah sekian lama aku tidak membaca buku atau novel secara bersungguh malah untuk membaca sura khabar juga sudah terlalu kurang, jika ingin membaca cukup sekadar aku membuka komputer dan membaca melalui 'online' atau atas talian.

Wednesday 26 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 7)- Mengukur Biar Sama Jaraknya

No comments:
Hari ini giliran aku untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, memang setiap banduan akan menjalani pemeriksaan tahap kesihatan mereka di rumah sakit penjara, aku di bawa masuk kebilik Dr, seorang Dr muda yang bertugas, Aku di minta mengenalkan diri dan sejarah kesihatan,aku memaklumkan apa yang di minta oleh Dr berkenaan.

Di ketika aku menunjukkan senarai ubat, Tetiba Dr muda tadi menjadi marah kerana dia tidak mengenali ubatan yang aku tunjukkan, lalu aku di tanya di mana aku mendapat rawatan dan siapa Dr yang merawat aku, dimana aku melakukan pembedahan. Yang paling seronok untuk aku katakan bila Dr dengan nada tinggi berkata kepada aku 'ubat apa awak makan ini,saya tak pernah tengok pun ubat begini, esok saya mahu awak bawa surat pengesahan dari hospital '.

Aku agak terkejut dengan keterangan seorang Dr dari klinik kerajaan (jika tak silap aku) yang tidak mengetahui akan ubatan yang aku tunjukkan, Tanpa menyentuh tubuh badan aku maka sesi 'pemeriksaan' pun selesai, Selesai sesi pertemuan dengan Dr tersebut aku kembali ke bilik dan sementara aku menunggu warden untuk mengiring ke bilik aku sempat berbual dengan seorang banduan yang kerjayanya di luar ialah seorang Dr dan mempunyai klinik sendiri, beliau didapati bersalah kerana menjual ubat batuk kepada penagih ubat batuk (kesnya masih di peringkat rayuan pengurangan hukuman penjara).


Tuesday 25 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 6)- Dadah, Pengasih Dan Penjara

No comments:

'Abang nak tanya skit boleh?' satu sapaan di pagi hari selepas sarapan. Banduan ini aku kenali dengan panggilan 'Saiful' (bukan nama sebenar), Susuk tubuh agak kurus dan aku di fahamkan dia mengalami sakit pada paru paru. 'Ya' aku membalas silakan '.

Soalannya agak biasa sahaja tapi sedikit ada kemusykilan dengan pertanyaan begitu, 'Best ke Makkah, macam mana rupa Makkah' soalan pendek kepada aku. 'errr aku terpaku sebentar untuk memikirkan cara mana untuk menggambarkan keadaan Kaabah, aku rasa itu yang di maksudkan. Kalau tanya Makkah sikit punya luas ker aku nak jelaskan lagi pun bukan nya aku teroka seluruh bandar Makkah ketika menunaikan haji yang lalu. 

'Maksud kau Kaabah atau Makkah? aku bertanya kembali', Kalau Makkah itu salah satu bandar di Arab Saudi dan disitulah letaknya Kaabah. Saiful tidak berkata apa sekadar mengganggukkan sahaja, aku faham dia maksudkan Kaabah, kalau kau tanya Makkah aku kata biasa sahaja tapi kalau kau tanya Best ke Kaabah, yang boleh aku kata itu kiblat solat umat Islam.

Monday 24 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 5)- Kerajaan BN Gagal Tangani Isu Dadah Remaja

No comments:
Sebaik selepas subuh dan bersurai dari perbarisan 'Master' aku akan menikmati sarapan dan kali ini tidak lagi aku menyendiri tetapi di temani oleh beberapa orang banduan yang turut tertarik dengan bagaimana kisah aku di sumbatkan di penjara ini, aku mendapat tahu mereka ini menerima maklumat dari pegawai penjara yang mereka lebih lama kenal sebab mereka sudah lama berada di penjara ini.

Yang rajin berbual dengan aku adalah 'Pak Nan' banduan yang menjalani hukuman 8 tahun kerana di tuduh merogol ( walaupun dia menafikan, waulah hu Alam) dan memasuki fasa fasa akhir dan akan di bebaskan ( lebih kurang tiga bulan selepas aku dijangka keluar maka Pak Nan mengakhiri hukumannya), bercerita dengan Pak Nan sedikit sebanyak membuat aku ketawa dan senang hati dan beliau yang banyak mengajar aku selok belok dan mengenali perangai banduan, dan beliau juga menasihatkan agar berhati hati dengan banduan yang terlibat dengan hukuman dadah, " Mereka ini tak boleh pakai, kalau bercakap lembut gigi dari lidah" pesan Pak Nan.

Ya nasihat itu telah lama aku tahu dan semasa hidup aku di luar juga penagih dadah tidak pernah mendapat simpati dari aku, silap hemat mau patah riuk aku kerjakan. Memang aku anti dengan dadah.

Sunday 23 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 4)- Kau Bukan Lagi hamba Yang Merdeka

6 comments:
Malam yang dingin aku rasakan terlalu panjang dari kebiasaan dan tidak saperti hari hari biasa dari dalam bilik atau block penjara ini, aku cuba juga melelapkan mata, rayu ku pada mata, tidurlah wahai mata, aku sudah mula keletihan kerana kurang tidur, Bukan aku tak mahu tidur tetapi mata ini tidak boleh lelap dan keadaan persekitaran juga kemungkinan punca aku sukar melelapkan mata.

"Barang Siapa yang tidak meredhai qadha-KU dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain selain dari pada-Ku" -  (HR.Thabrani).

Akhirnya aku berjaya melelapkan mata mungkin sekitar jam 11 malam, jika di luar waktu ini otak aku masih aktif jika tidak di warong kemungkinan dihadapan komputer. Tapi cuma seketika sahaja bila aku terjaga semula pada jam 2 pagi apabila di ganggu oleh bunyi tapak kasut pegawai peronda atau warden penjara yang menjalankan rondaan, ganguan ini menyebabkan aku bingkas bangun untuk beruduk dan seterusnya mengerjakan solat di pertengahan 1/3 malam, maka bertahajudlah aku kesaorangan hanya bertemankan Allah Hu Rabbi.

Saturday 22 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 3)- Nasi Arab Kuah Cili Api

No comments:
Semalaman aku tak dapat melelapkan mata, semalaman juga aku menhabiskan masa aku dengan berzikir dan berdoa kehadarat Ilahhi sekiranya ini ada lah yang terbaik aku redha, Juga sekiranya ini adalah dugaanNya aku terima, mungkin ada sesuatu yang Allah hendak aku lalui.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang dusta.". (Surah al-Ankabut : 2-3)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah:216)

Friday 21 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 2)- MASTER !!

No comments:


Hari ini hari kedua aku di dalam penjara dan masih didalam cubaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, semalam aku tidak boleh tidor selain duduk di atas sejadah lusuh bermohon pengampunan dari Allah yang maha mengetahui apa yang sedang aku lalui ketika ini.

Jam dinding menunjukkan pukul 6.45 pagi di ketika aku mendengar pintu jerigi di buka oleh penjaga, dan aku lihat kesemua banduan keluar mengikuti pintu tersebut, "Jom bang kita keluar beratur" tegur seorang banduan. Aku pun bingkas bangun menuruti banduan yang lain keluar dari jeriji besi menuju ke satu kawasan lapang (sebetulnya di atas sebatang jalan raya bertar).

Thursday 20 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 1): Hadiah Sebuah Perjuangan

No comments:

"Anda didapati telah menghina Hakim dan Makamah yang mulia ini, dengan itu anda yang bertanggungjawab dengan pengaduan ini dan setelah di pertimbangkan oleh makamah dan disabitkan kesalahan, dengan ini anda di jatuhkan hukuman 28 hari penjara dan di tempatkan di penjara Kajang."

Alhamdullilah itulah ungkapan pertama aku setelah mendengar kenyataan yang di bacakan oleh hakim di makamah Persekutuan Kuala Lumpur pada 19 Nov.2013, walaupun terkejut dengan hukuman tersebut tetapi aku tetap juga bersyukur kerana itulah ketentuan Allah dan aku redha.

Dan hari ini genaplah setahun peristiwa itu berlaku yang akan menjadi sejarah didalam hidup aku, walaupun aku bukan seorang penjenayah cuma seorang rakyat yang menjadi mangsa kepada kuasa, politik dan undang undang, Sebagai rakyat aku terima kesemua ini sebagai ketentuan Allah kebetulan juga hanya baru 4 hari aku berada di tanah air setelah kembali dari mengerjakan Haji musim 2013, jadi ketenangan selepas mengerjakan haji masih lagi terasa.

Tahyul dan Kurafat

No comments:
Sahabat pembaca obeyone.com, Sejak zaman aku kecil dulu pernah kecoh tentang hantu, macam macam jenis yang tersebar masa tu.Hantu kepala anjing, hantu Kjm Kum lah, hantu Stoking lah, selain nama nama hantu yang popular ketika zaman aku tu macam pontianak, langsuir dan pocong.

Kemudiannya bila fahaman jahilliah mula di benteras dan tok tok imam pun mula memerangi fahaman kolot berkenaan dengan hantu maka tibalah zaman di mana hantu mula di lupakan dan ketika itu ramailah pulak Puak puak bernama manusia pula mengambil alih tempat hantu dengan mereka sendiri menjadi hantu melepak didalam semak dan kedai mamak sampai kul 3/ 4 pagi.

Tetapi di akhir akhir ini korang perasan tak.. kepercayaan kepada puak jenis Hantu ini kembali “menghantui” masyarakat, baik dari bangsa apa pun.. Melayu,Cina mahu pun India semua ada hantu mereka tersendiri.

Suatu Masa Dan Ketikanya..

No comments:

Alhamdulillah..akhirnya tuhan menggerakkan aku untuk menulis lagi…

tapi apa aku nak tulis..? almaklumlah dah lama tak menulis..dah hampir setahun agaknya aku tak menulis… idea yelekk

he he he, ok lah aku mulakan dengan web kesayangan nih…sharizal.com…hebat ..

tak sangka aku, web nih akan menjadi tumpuan, dari suka suka akhirnya menjadikan aku bekerja sepenuh masa dengannya… nak buat macam mana permintaan ada kan.. jalan kan sahajalah…

kalau tak silap aku, dah banyak kali dah aku update web nih dari versi 6.0 yang kerap kena hack sampai le sekarang versi 7.3 dan mungkin tak lama lagi nak update kepada versi 7.6 kalau ada budget lerrr…

Songsang ditahun baru

No comments:


Sahabat pembaca di obeyone.com sesuatu yang perlu kita fikirkan bersama buat masa hadapan anak cucu kita supaya ianya tidak menjadi barah yang parah. Setiap tahun bila tiba nya tahun baru, yang di malam malam akhirnya disambut dengan begitu meriah, tetapi bila bagun di waktu paginya kita akan sering kali disogokan dengan berita berita ngeri yang meluat, tidak mahu jika boleh bukan terjadi pada keluarga kita mahu pun diri kita sendiri.

Persoalan pertama yang bermain di kepala siapa saja yang waras fikirannya ialah, “Kenapa perlu kita mengikut amalan buruk orang luar menyambut tahun baru?” Persoalan ini bertolak daripada laporan sambutan tahun baru yang tercemar dengan gelagat melampau hingga menganggu ketenteraman orang ramai.

Sesat Di Kuala Lumpur iv

No comments:

Assalamualaikum sahabat pembaca.

Mengulangi rangkap seni kata lagu Sesat di Kuala lumpur diantaranya ” Mungkin kita akan ketemui kebahagiaan di Kuala Lumpur , Mungkin kita akan Keciwa” ada kebenarannya disini.

Ramai warga tempatan terutama gulungan muda mengeluh kerana kurangnya sumber kerja yang disediakan untuk mereka sahinggakan ada yang sudah biasa dengan melepak di rumah menghabiskan duit mak bapak dengan alasan “tiada kerja kosong” untuk mereka.

Berjalan jalan lah disekitar Kuala Lumpur saban Hujung Minggu maka tuan tuan akan dapat melihat suasana “pesta Melepak” warga tempatan dan “pesta Percutian ” bagi warga Pendatang yang mengambil kesempatan hujung minggu untuk berehat setelah 6 hari bertungkus lumus bekerja membanting tulang mencari rezeki di perantauan, Baik bekerja di pergudangan, Kilang mahu pun sebagai kuli membancuh simen di tapak bangunan.

Sesat Di Kuala Lumpur iii

No comments:
Sesat di Kuala Lumpur…, Dosa dan pahala bercampur, tapi kita perlu hidup.. kita perlu terus hidup…
Mungkin kita akan ketemui kebahgian di kuala lumpur dan mungkin kita akan keciwa…

Sambung lagi bait lagu Sesat di Kuala Lumpur, yang jelasnya jika kita gagal mengawal diri kita akan kecewa, tidak kurang juga yang sudah bersedia menemui kebahagiaan di Kuala lumpur.

Aku berhenti sebentar di sebuah perhentian sambil mata aku memerhatikan gelagat penghuni kota yang mundar mandir dihadapan ku, sementara di tempat duduk belakang terdapat seorang tua ( melihat warna dan rupa kemungkinan berbangsa Cina) yang sedang kusyuk membaca akhbar ukuran kecil berbahasa Melayu tak tahu tahun bila punya berita.

Jom lah Bangg!! bila 'Tut' dekat sahaja..tu kat depan tu.

Sesat di Kuala Lumpur ii

No comments:

Sesat di Kuala Lumpur…, Dosa dan pahala bercampur, tapi kita perlu hidup.. kita perlu terus hidup…
Terima kasih tuan dan nyonya, doa sejahtra kami pohonkan, pada tuhan maha kuasa, tuhan maha kuasa…..
mungkin kita akan ketemui kebahgian di kuala lumpur dan mungkin kita akan keciwa…

Demikianlah diantara sambungan bait senikata lagu Sesat Di Kuala Lumpur yang telah pun aku siarkan didalam siri Sesat di Kuala Lumpur yang lalu

Aku meneruskan perjalanan aku melihat disekitar keindahan bandaraya Kuala Lumpur, Memang benar menarik dengan suasa kemeriahan kehidupan di kota yang mungkin kelihatan tenang bagi yang telah biasa melalui hiruk pikok nya. Dan mungkin menjadi janggal jika pertama kali menjejakkan kaki ke bandar besar saperti Kuala Lumpur.

Sesat di Kuala Lumpur

No comments:

Sesat di Kuala Lumpur…, Dosa dan pahala bercampur, tapi kita perlu hidup.. kita perlu terus hidup…

Demikianlah diantara bait senikata lagu Sesat Di Kuala Lumpur yang pernah popular disekitar tahun 80 an nyanyian M.Nasir dan dipetik dari filem Kembara Seniman Jalanan, Aku teringat lagu ini bila mana aku merayap di sekitar bandaraya Kuala Lumpur semalam. Walaupun aku membesar di disini dan hampir banyak lorong dan celah Kuala Lumpur ini aku mahir tetapi jarang aku berkongsi cerita yang berlaku di Kuala Lumpur ini.

Baik, Assalamualaikum buat semua pembaca dan pengunjung setia halaman obey-one atau ob21.net ini, semoga sahabat sekelian didalam perlindungan Allah S.W.T hendaknya.

Istidraj II

No comments:

Assalamualaikum

Buat semua pembaca obeyone.com, tulisan ini adalah bersangkutan dengan apa yang telah aku tulis pada beberapa hari yang lalu berkenaan dengan Istidraj.

“Kenapa kadang kala kita lihat sesaorang tu sentiasa dapat kegembiraan saperti dapat naik pangkat,murah rezeki dan sebagainya sedangkan orang tu selalu melakukan kemungkaran? “.

Pada jawapan aku adalah, sesuatu anugerah Allah s.w.t kepada sesaorang individu tu bukanlah sebab Allah sayangkannya semata, tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Manusia Istidraj dihina Allah

No comments:

Assalamualaikum.

MUNGKIN ramai di kalangan kita tidak memahami istilah “istidraj”. Istilah ini berasal daripada bahasa Arab dan diambil daripada perkataan darajatun iaitu tangga.Berdasarkan maksud sebenar, istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya.

Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda kebencian Allah terhadap golongan berkenaan.

Dengan kata lain, Allah mahu mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihan itu dan akhirnya tergolong di kalangan kaum yang tidak mendapat hidayah-Nya.

Lahirnya Malaysia Peugeot Network

No comments:

Alhamdullilah…

Inilah perkataan yang mula keluar dari mulut dan juga hati aku…bila aku menerima panggilan dari seseorang pada jam 9.00 pagi 170304. Satu perkabaran yang memang dinanti dan di tunggu akan kehadirannya, satu panggilan yang akan melenyapkan ke egoan sesaorang yang selama ini menganggap kami sebagai kumpulan serpihan dan kumpulan yang gila kuasa.

Bukan aku sahaja,  mungkin kawan kawan aku juga akan berperasaan sedemikian bilamana segala usaha gigih,kesabaran, keiklasan kami telah menampakkan  hasil kejayaan…

” Assalamualaikum Ob ..buat apa  ..

 ” sapaan dari dalam hand phone aku dan aku tahu panggilan ini dari siapa kerana tertera no talipon nya

“sedang sarapan balas ku”

Jangan Bohong!!

No comments:


Assalamualaikum.

Hari ini sudah 23 hari kita berpuasa Ramadhan bulan yang mulia. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang dianggap sebagai bulan “pendidikan” atau “madrasah” untuk mendidik hawa dan nafsu insan agar ia tergulung dalam nafsu yang dibenarkan dalam Islam.

Apakah formula yang boleh kita gunakan untuk mendidik nafsu kita? Mungkin banyak mungkin tidak malahan mungkin tidak perasan.

Pada aku “Jangan bohong” itu lah fomula asas untuk kita menuju kearah pembaikkan diri dan mendidik nafsu, tak percaya? cubalah latih diri untuk tidak berbohong hari ini anda akan dapat rasakan kelainan pada kehidupan saudara saudari hari ini.

GELORA

No comments:

Assalamualaikum.

Akibat bencana sosial, aktiviti tidak bermoral atau gaya hidup tidak berintegriti yang melibatkan wanita dan remaja telah mengundang masalah sosial yang teramat perlu di kawal khususnya kepada gulungan yang mengalami permasalahan diri serta memerlukan khidmat sokongan seterusnya mendidik mereka kearah menjadi modal insan negara.

Gaya hidup dan amalan seksual tidak bermoral sehingga terjadinya hamil luar nikah seakan menjadi budaya yang dihalalkan saperti mana terjadinya pada bekas Ahli majlis Negeri Perak yang menyamakan sedekah zina itu sama dengan sedekah yang dihalalkan dalam Islam. Mereka mereka yang terlibat dengan bencana sosial ini akan mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah yang mengaibkan itu saperti menggugurkan kandungan atau meninggalkan dan membuang bayi itu dimana-mana. Akhirnya kejadian yang menyayat hati semua pihak berlaku dengan penemuan bayi atau mayat bayi di tandas, sungai, masjid, tempat pembuangan sampah dan sebagainya.

Fenomena

No comments:
Salam semua..rasanya lama betul aku tak menulis di sharizal nih..nak mula menaip nih pun terketar jer tangan ..he he he tapi masih boleh gelak lagi…alhamdullilah…

ok ..nih aku nak mula menaip…

Hari ini ada perkara yang berlaku yang membuatkan aku teringat akan satu kesah dizaman remaja aku.

aku cuba megimbau kembali zaman remaja ku satu ketika dulu..zaman masih di sekolah menengah.Sekolah aku tu kira jauh jugaklah dari kawasan perumahan tempat aku tinggal,dan penempatan melayu lah..

Didalam kawasan kejiranan yang boleh dikatakan 85% melayu, semangat kejiranan tu aku rasa kira akrablah…baik hubungan anak anak dan ibu bapa jiran, jiran A dengan jiran B…tak kecuali juga dengan keluarga aku..walaupun jarak sesebuah rumah tu pemisahnya sebatang lorong muat untuk laluan sebuah kereta..

Dia Yang Saya Kenal..

No comments:
Hasil tulisan seorang sahabat buat diri saya…

“Bukan semudah ini nak saya luahkan apa yang tertanam jauh dilubuk kalbu…..payah, susah, tak pernah tergambar untuk saya menulis tentang seorang yang saya rasakan sangat mempunyai daya tarikannya yang tersendiri…

Pertama kali saya menjengok ke ruangan sembang itu dahulunya adalah kerana ingin melampiaskan rasa gian dek sebuah rival chatroom yang terkena serangan virus tak bernama, mungkinkah sars? Ruangan chat yang saya jumpa dengan tidak sengaja di suatu hari di bulan Mei tahun lalu, membuat saya mengenangkan kembali kisah-kisah lama di waktu saya menjadi ratu irc.. cewahhh!!.. haha zaman polos di awal dewasa dahulu, sungguh memberi seribu makna. Sudah pasti sangat payah untuk saya lupakan.