SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Tuesday 2 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 12) - Toksid


Begitulah coretan kisah yang agak seram yang aku alami ketika di tahan di penjara Kajang, Sahinggakan pernah suatu ketika aku sendiri merasa agak takut dengan apa yang aku dengar kejadian kejadian didalam blok, aku juga manusia ada kalanya perasaan sebegini datang juga bila aku bersendirian, Adakala ketika mengambil uduk (air sembahyang) biasanya jam 3 pagi keseraman tetap aku rasakan, tapi lantaklah jika ada aku berdepan jika tidak Alhamdullilah, kita sama sama mahluk Allah pakat dok sorang sikit.

Sudah hampir 2 minggu aku berada didalam tahanan penjara Kajang menjalani hukuman yang di kenakan keatas aku atas kesalahan menegur hukuman yang di berikan kepada satu kes yang melibatkan ahli politik. Aku sudah boleh menyesuaikan diri dan sudah boleh berbual dengan banduan lain tetapi masih menerima pengawasan dari Pak Nan yang lebih memahami selok belok di dalam penjara dan ramai penghuni mengenali Pak Nan.


Bersambung...

Tulisan selanjutnya sila dapatkan naskah buku 'Dari Makkah Ke Penjara Kajang'

Rupa bentuk tray penyediaan makanan oleh Tabung Haji


Setelah aku keluar dari penjara, aku mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di hospital pakar PUSRAWI dan Dr yang merawat aku memberikan aku sejenis ubat (aku tak ingat nama ubat tersebut yang berwarna oren dan bersaiz kecil sadikit dari kacang merah), setelah aku menceritakan segala pengalaman yang aku lalui di penjara, Setelah memakan ubat tersebut untuk selama satu minggu aku melihat najis aku seperti terbakar dan berwarna hitam pekat seperti tar, dan aku memaklumkan pada Dr. Pakar yang merawat aku pada sesi rawatan kedua dan beliau memaklumkan ubat itu untuk mencuci usus dan sistem didalam badan aku dan bagi membuang segala kekotoran dan toksid yang ada. Bayangkan ini bagi tempoh cuma 28 hari, bagaimana dengan mereka yang menjalani hukuman yang lebih lama dari ini. 

Hanya Allah yang Maha mengetahui. 
Share this article :

0 komen: