SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Thursday 4 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 13) - Tanpa Niat


Kini sudah hampir dua minggu aku berada didalam penjara dan selama itu aku telah berkenalan dengan pelbagai rupa bentuk manusia yang di luar sana telah melakukan kesilapan dan kesalahan yang mana mereka kini sedang menerima habuan akibat kesalahan yang mereka lakukan, Aku berdepan dengan penjenayah yang terlibat dengan kes samun, membunuh, merogol dan yang paling ramai adalah penagih dadah yang 'mencuri' bukan kerana untuk makan pakai tetapi untuk membeli dadah.

Jika di Makkah aku berdepan dan berkawan dengan mereka yang 'baik baik', yang sentiasa memuji Allah, yang sentiasa memohon taubat kepada Allah terhadap kesalahan mereka yang lalu diwajah mereka kelihatan kejernih dan kegembiraan.

Di penjara wajah wajah mereka tidak mengambarkan mereka sedang bergembira walaupun mereka terseyum, hidup didalam dunia terkurung manakan datangnya gembira, kecuali mereka yang tiada apa lagi di dunia luar sana, tiada keluarga, tiada kehidupan yang ada hanya rakan rakan yang senasib dengan mereka sahaja, kebanyakkannya adalah penagih dadah. Di penjara selain mendapat tempat tidur , makan dan minum mereka juga di bekalkan dengan ubat anti..

Bersambung...

Tulisan selanjutnya sila dapatkan naskah buku 'Dari Makkah Ke Penjara Kajang'

“ Setiap bencana yang menimpa dibumi dan menimpa dirimu sendiri , semuanya telah tertulis dalam kitab ( Lauh Mahfuz ) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh , yang demikian itu mudah bagi Allah” - (Al Quran - Al-Hadid ayat 22)
Share this article :

0 komen: