SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Sunday 7 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 14) - Gajah Berkelahi Kancil Yang Mati.


Begitulah kehidupan di penjara, setiap banduan baru akan menjadi perhatian apa tah lagi jika mereka yang di tahan itu ada lah tahanan yang berstatus 'selebriti' maksudnya disini bukan tahanan dalam kategori penjenayah sebenar, apa tah lagi jika banduan tersebut di kategorikan sebagai tahanan bangsawan atau tahanan politik.
    
Selain 'Iskandar', ada juga banduan muda yang mengunjungi aku di blok, seorang lagi banduan ialah 'Ah Kong'. Banduan yang baru di pindahkan dari penjara Bentung, Pahang. Kehadiran 'Ah Kong' tidak lah seperti kehadiran banduan bangsawan atau banduan selebriti. Kehadiran 'Ah Kong' di penjara Kajang sama seperti banduan lain.

Kesalahan yang di lakukannya adalah membunuh tanpa niat kekasih nya. 'Ah Kong' di kira banduan baru di penjara Kajang kerana dia baru sahaja di pindahkan dari Penjara Bentung, Pahang dan pemindahannya ada lah atas kehendaknya sendiri dan sebab musabab mengapa 'Ah Kong' memilih penjara Kajang tidaklah boleh aku tuliskan disini kerana melibatkan integriti Jabatan Penjara dan seperti aku tulis terdahulu, aku boleh mendengar cakap mereka tetapi belum tentu aku terima bulat bulat.  Seperti kenyataan seorang banduan 'warga asing' yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia meminjam duitnya sebanyak 500 Juta US Dollar.


Bersambung...

Tulisan selanjutnya sila dapatkan naskah buku 'Dari Makkah Ke Penjara Kajang'

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya". - Al Quran - Ali Imran ayat 8 
Share this article :

0 komen: