SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Sunday 30 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 10) - Bilik Akhir Dan Kisah Kucing Hitam


Itu kisah penjawat awam yang terlibat dengan kesalahan jenayah rasuah, satu kesalahan yang aku kira menghilangkan rasa hurmat kepada pemegang jawatan tersebut walaupun sebelum ini ia dikenali atau di hurmati, kecuali jika ketika ia di tahan dia bukanlah sesiapa di sisi masyarakat bak kata orang 'no body', tetapi selepas menjalani hukuman dan kemudian di bebaskan, berhijrah ketempat lain, serta menjalani kehidupan saperti biasa tidak mengulangi kesilapan lalu, perbaiki diri sendiri, insyaAllah masyarakat akan menerima semula, Ramai banduan di luar sana akhirnya di terima oleh masyarakat semula setelah dirinya benar benar berubah.

Tetapi bagi yang pernah berjawatan kesukaran tetap ada, apa tah lagi jika sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang sudah besar, sudah pasti anak anak dan isteri akan mengalami tekanan hidup dan cemuhan masyarakat keliling, dan cemuhan itu berbeza beza diantara kehidupan di bandar, kampong atau kawasan pendudukkan setinggan.

'Assalamualaikum Bang'  Aku rasakan ada teguran se saorang di hadapan ku, tetapi aku tidak pedulikan cuma aku menjawab didalam hati sahaja, kerana aku sedang membaca ketika itu, Kemudiannya orang yang memberi salam itu telah pun berdiri dihadapan ku dan memberi salam sekali lagi, setelah aku pasti salam itu diberikan kepada aku dan aku jelas mendengarnya maka aku memberi jawapan salam kepada orang yang sedang berdiri tersebut.


Bersambung...

Tulisan selanjutnya sila dapatkan naskah buku 'Dari Makkah Ke Penjara Kajang'

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya......" -surah al-Baqarah - ayat 286
Share this article :

0 komen: