SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Monday 1 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 11) - Kisah Misteri dan Penjara


Ramai rupanya yang berminat dengan cerita kucing hitam dan kisah Mona Fendi yang di siarkan semalam. Bukan tujuan aku untuk mengaibkan aruah, atau mengada adakan cerita, tidak juga aku suruh mempercayai perkara karut, tetapi apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang di ceritakan kepada aku semasa aku di tahan di penjara Kajang. Perkara yang nyata kita kena terima hakikat bahawa aruah mati kerana di hukum gantung dan segala persepsi negatif adalah berdasarkan apa yang aruah Mona Fendi lakukan semasa hayatnya, jangan menilai mengikut hukum hakam. 

Jika tidak kerana aku merasa takut dan seram sejuk semasa menulis (waktu aku menulis adalah di sekitar jam 2 pagi hingga 4 pagi, kerana diwaktu ini aku sering bertahajud ketika di penjara, sekadar untuk mendapatkan 'fill' sama sewaktu dipenjara), mahu sahaja aku teruskan penceritaan berhubung dengan blok tahanan akhir banduan yang pernah menempatkan Mona Fendi dan Juraimi pembantunya. Begitu juga dengan kisah se ekor kucing yang selalu berkeliaran di kawasan blog tersebut. Kucing tersebut turut hilang dari pandangan dan tidak lagi berkeliaran bila selesai sahaja jenazah aruah Mona Fendi di kebumikan. Soal benar atau tidak inilah yang di ceritakan oleh mereka yang telah tinggal di penjara lebih lama dari aku (InsyaAllah akan aku masukkan kisah suara jerit pekik dari blok tahanan akhir di dalam penulisan untuk buku nanti ).


Bersambung...

Tulisan selanjutnya sila dapatkan naskah buku 'Dari Makkah Ke Penjara Kajang'

"Katakanlah (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di muka bumi ini atau di langit yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT." (an-Naml- ayat 65).

Satu pemandangan yang biasa di Kota Makkah dan Madinah




Share this article :

0 komen: