SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Sunday 14 December 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 16) - Harapkan Pegar, Pegar Memakan Padi.



Tidak aku ketahui mengapa ramai banduan penjara tidak begitu mesra dengan kerajaan, sedangkan kebajikan mereka ketika di penjara begitu di titik beratkan sehingga masalah kesihatan mereka juga terjaga dan terjamin kecuali jika mereka yang merosakan diri mereka sendiri, jika itu berlaku, takkan kerajaan yang hendak disalahkan.

Walaupun tidak seberapa 'layanan' yang diberikan, tetapi pada aku bersyukurlah, dan sedarlah diri bahawa kita ini banduan dan layanan apa yang diperlukan, tak kan nak berikan layanan kelas pertama. Begitu juga jika banduan berada di dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu memuaskan, pihak kerajaan ia ini pihak penjara ada menyediakan hospital dalaman untuk rawatan segera dan jika terlalu serius maka banduan akan dibawa ke hospital berhampiran, jika di penjara Kajang ini maka hospital Kajang menjadi tumpuan.


Bersambung...

Tulisan selanjutnya sila dapatkan naskah buku 'Dari Makkah Ke Penjara Kajang'

Mampukah kita membuang isi perut dengan selesa dalam persekitaran
sebegini (pemandangan ketika di Mudhalifah)
Di Arafah dan Mina jika berlaku ketidakselesaan perut, rasanya tiada masalah untuk membuangnya kerana telah disediakan tandas bergerak yang cukup dan banyak, tetapi yang kurang selesanya adalah bila kita di dalam, terasa seperti ramai yang sedang menanti giliran untuk mengguna bilik kecil tersebut. Tetapi di dalam penjara jika terpaksa memerut maka kita akan berhadapan dengan mata mata sekeliling kita, kerana tandas di penjara tidak di tutup atau senang kata tiada dinding penghalang kerana ia nya terbuka, jadi fikirkanlah agak agak berselerakah kita untuk membuang hampas di dalam keadaan terbuka dan orang lain boleh melihat kita.

Minta maaf jika cerita di atas ini mengganggu selera makan sahabat pembaca, itu lah realiti jika kita duduk di dalam penjara, tiada apa yang seronoknya sehingga nak buang najis besar pun kita boleh jadi sengsara. Apa yang berlaku itu telah berlaku, dan aku terima ujianNya itu.


Pemandangan kawasan tandas jemaah haji di Mina
Sebenarnya kemasukkan semula bekas banduan yang pernah di tahan di penjara ini amat merisaukan pegawai penjara, bukan kerana akan menambah isi perut di penjara dan beban kerja mereka, tetapi bimbang akan berlakunya penyeludupan dadah dari luar ke dalam penjara atau mereka sebutnya sebagai 'roket' ini lah perkataan baru yang aku pelajari di penjara 'ROKET'.




* Bagaimana cara mereka memasukkannya ke dalam lubang dubur kemudian mengeluarkannya semula dan bagaimana cara pembayaran dibuat jika melibatkan pegawai penjara akan aku ceritakan di dalam buku ' Dari Makkah Ke Penjara' yang akan di terbitkan nanti insya-Allah.  Doakan impian untuk membukukan 'Dari Makkah Ke Penjara Kajang' menjadi kenyataan. 

Tulisan selanjutnya sila dapatkan naskah buku 'Dari Makkah Ke Penjara Kajang'



Perkemahan Jemaah Haji di Mina.

Pemandangan ketika muzim Haji ( jika bukan musim kawasan ini sunyi sepi tiada penghuni)





Share this article :

0 komen: