SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Friday 28 November 2014

Dari Makkah Ke Penjara Kajang (siri 9) - Penyeludupan Jenayah Dirancang


Gula adalah menjadi salah satu bahan kawalan di penjara ini, jadi jangan hairan jika sarapan pagi banduan di penjara Kajang ini, air minuman untuk sarapan pagi yang di bekal baik teh atau kopi kebiasaannya adalah tawar, sekadar dibekalkan satu sudu sahaja gula bagi setiap seorang banduan atau satu sudu bagi setiap se 'koley', siapa tahu koley kira senang cerita yang tak tahu tu tanya lah mereka yang tahu.

Alasannya adalah untuk mengelakkan banduan dari terkena kencing manis, tetapi yang hairannya boleh pula gula terjual di dalam kedai koperasi penjara dan tiada pula larangan untuk membelinya dan harga bagi setiap kilo gula adalah RM 5.00 hampir 100% kenaikkan harganya dari harga di kedai luar penjara (KPDNKK tak mahu ke siasat perkara ini?), mungkin sebab ianya adalah barang kawalan di penjara maka sebab itu harganya ada mahal banyak (biasa orang sebut mahal sedikit).

Mengingat kembali cerita gula ini sama sahaja ketika aku di Makkah ketika musim haji, memang semua jemaah di bekalkan dengan gula untuk jemaah membuat air sendiri yang di bungkus didalam bentuk paket panjang. Oleh kerana (mungkin) sukatan yang di berikan adalah setiap peket untuk sekali minum atau satu cawan maka keraplah kami terputus bekalan kerana ada diantara kami yang mengunakan 2 atau 3 peket untuk sekali minum (sukatan cawan atau mug yang besar).


Bersambung...

Tulisan selanjutnya sila dapatkan naskah buku 'Dari Makkah Ke Penjara Kajang'
Share this article :

0 komen: