SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

SIRI PERKONGSIAN PENGALAMAN PENULIS

Monday 13 June 2022

No comments:



 Istidraj


Viral di media sosial berhubung dengan seorang 'Tik Tokers' yang membuat iklan berlatar belakangkan Kabah di Masjidil Haram, Makkah.

'Tik Tokers' ini membuat konten berhubung dengan sebuah jenama produk yang dapat membina minda untuk menjadi lebih cemerlang dan lebih bijak khusunya kanak-kanak.

Sudah pasti ada yang akan tergoda dengan iklan atau konten ini almaklum mereka mengunakan Kabah ia ini kiblat umat Muhamad dan seluruh umat Islam didunia.

Namun janganlah terburu buru menyangka Allah bersetuju dan sayang ke kita dengan segala macam nikmat yang Allah beri, pergi ke Makkah untuk membuat konten dengan harapan memberi keyakinan kepada bakal penguna produknya. 

Tanpa merasakan bahawa Allah telah melalaikan kita dengan segala nikmat duniawi sebagai pembalasan di akhirat nanti atas semua perbuatan kita.

Dipesan oleh Nabi S.A.W., "Satu masa nanti orang orang-orang kaya pergi ke Makkah itu 'linuzehah' hanya bertujuan makan angin".

Manakala yang sederhana ber'tijarah' ia ini bukan kerana ibadah tetapi kerana biznes atau perniagaan.

Kita tidak menyatakan salah tetapi ini yang banyak berlaku hari ini, Adakah ini petanda akhir zaman seperti yang disebutkan oleh Baginda Rasullulah itu.

Begitu juga dengan orang-orang alim yang pergi ke Makkah hanya untuk menunjuk-nunjuk sahaja yang akhirnya menjadikan ianya riak.

Tidak kurang juga dengan yang miskin dan susah, mereka ini pergi dengan tujuan untuk meminta sedekah, kerana melihatkan mudahnya mendapat duit percuma di sana, termasuk lah para scammer ia ini menipu para jemaah.

Juga telah di pesan oleh Baginda Rasulullah, bila sesaorang itu pergi ke Makkah untk mengerjakan Haji atau pun Umrah, dengan duit dari sumber menipu, hasil rasuah, duit harta pusaka yang tidak diberikan sama adil, kemudian dia menyebut, 'labaik Allah humalabaik, labaik Allah shari kala kala baik' maka akan datanglah seruan para Malaikat dari langit, dengan kata kata 'tidak ku sambut panggilan mu itu' dan Haji kamu tidak di terima ia ini tidak mabrul, berbeda dengan mereka yang pergi kerana Allah dan dari rezeki bersumberkan yang halal, yang mana seruan mereka itu di sambut oleh para Malaikat, dan mereka mendapat Haji yang mabrul.

Jika minum air jampi sahaja boleh menjadi pandai maka tidaklah lagi kita perlukan sekolah dan para Cikgu, boleh lah kita bayangkan jika menjual air yang di jampi kononnya boleh memberi kebaikan dan kepandaian akal maka bolehlah kita fikirkan sudah tentu ramainya para ustaz dan ustazah memiliki kelayakan Dr PHD dengan hanya meminum air jampi sahaja, kerana mereka lebih arif dengan ayat-ayat Al-quran yang berkaitan dengan kebijaksanaan dan kepandaian akal. 

Jadi jangan lah kita menyangka bahawa bila ada kalangan mereka yang melakukan kerja Umrah sudah di kira sebagai hebat, seperti contoh mendabik dada kononnya dirinya tidaklah bertudung litup dan sentiasa didalam keadaan bermaksiat namun telah menjejakkan kaki ke Tanah Haram berkali-kali.

Jika mereka pergi dengan sumber yang tidak elok dan dengan niat bukan mencari redha Allah, seperti bermegah-megah atau mencari konten untuk siri tik tok untuk perniagaan mereka, maka sedarlah perkara ini jauh dari rahmat malah di laknat Allah.

Rasullulah S.A.W bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah Ta'ala memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Kau bangga dengan maksiat yang kau buat kerana masih belum ditimpa apa-apa azab dari Allah, Malah ditambah-tambah lagi nikmat, Seolah-olah kau mencabar Allah.

Jadi berhati-hati dengan apa yang kita lakukan lebih lagi bila melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan murka Allah.

Hj.Ob

* artikel ini boleh juga di baca di - https://m.facebook.com/Hj.ZanuddinSalleh/photos/a.105037147569139/788053745934139

#istidraj #donebackup #HjOb

*Sekiranya Sahabat menyukai kandungan di halaman ini, sila pertimbangkan untuk menyumbang RM10.00 ke - 164119044389 MAY BANK - Zanuddin Salleh.

Terima kasih atas sokongan sahabat sekelian!